♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, February 3, 2013

MANDY Lagi..

Aritu dah pekena nasik arab berdua dengan Ayah je kat Ipoh. Amboi.. hihi.. Kali ni bawak anak2 pulak pekena lagi sekali.

Tapi kali ni dah takde tourist guide so pepandai sendiri la order kan. Dah la dari tauke, waiter, chef sampai ke tukang basuh pinggan adalah orang arab. Maka sila la cakap arab, kata guru bahasa arab. hihi.

Perut memang lapo la masa tu kan. Servis memang cepat tapi yang cepat tu nasik mandy dan kambing hanees Ayah je. Ayam grill Mama lambat ya rabbi.


Mula2 Ayah tunggu jugak tapi lama2 Ayah makan dulu la senang. Anak2 pun dah menyanyi, sentuh2, kuis2 nasik tu. Mama suap nasik je kat anak2 sebab nasik saja pun dah sedap dan mengenyangkan.

Try jugak letak daging kambing sket, geleng kepala laju2 je dua2. hihi. Turun Mama la tu tak suka kambing. Kalo Ayah memang hantu kambing kot. haha.

Lama menunggu, sampai Ayah pun dah habis makan, baru la sampai ayam Mama. Muka Mama ni taktau nak cakap muncung sampai dah boleh sangkut hanger kot. Memang angin je rasanya sebab kalo lambat bagitau la kata lambat ni bila kita tengok2 dia (waiter yang amik order tadi) dia wat taktau dan wat tak paham je. Mencik..

Makanan kat sini memang la sedap tapi masalah komunikasi tu kadang2 buat kita tensen tau. Masa mula2 order tadi, kami nak order nasik 1kg sebab lapo katanya kan. Memang la 1kg tu banyak tapi Ayah saja dah 1/2kg kot. Kena dengan kambing feveret lak kan, mesti lebih kot.

Tapi ada ke patut waiter tu cakap untuk 2 orang makan kena order 1/2kg je. Sukati kami la kan nak order banyak mana. Mungkin dia ingat kami baru 1st time makan sini kot. Mungkin la..

Ok, takpe la, lepas bertekak sikit kami order 1/2kg je dulu. Kalo tak cukup nanti tambah lagi. Kebanyakan kat situ memang order nasik mandy. Jadi Mama syak dorang dah masak nasik mandy banyak2 kot sebab lepas je order terus sampai nasik dengan kambing Ayah.


Dah ayam Mama lambat gile kan, mana nak ada mood nak makan banyak2 lagi dah. Makan sekadar nak lapik perut jela. Memang dah takde mood dah. Tapi masa tu anak2 dah kenyang Mama suap nasik tadi maka Mama takdela kena tumpu kat dorang je kan. Boleh la makan cepat2 nak bagi habis je.

Rasanya memang sedap. Kalau nak servis best kena bawak orang yang fasih berbahasa arab. Tips ni kawan kitorang yang jadi tourist guide aritu yang bagitau. Pastu dapat harga special sket kalau pandai cakap arab.

Mama memang la ngajar bahasa arab, cuba jugak nak speaking arab dengan dia tapi dia speaking english lak dengan kami maka kami pun english jela senang. Arab ni kena pikir2 lak dulu sebelum cakap sebab jarang berkomunikasi dalam bahasa arab kecuali dalam kelas je kan. hihi..

Lepas makan kami jenjalan Mydin. Beli2 sket pastu gerak balik.. 

Yang Ini Pun Best



2 comments:

Nik said... [Reply to comment]

kat tempat sy kalau nak mkn makanan arab kena singgah Saba. best gak sana

mamaiman said... [Reply to comment]

yeke.. sini ipoh paling best setakat ni.. ;)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥