Lama tak update blog. Rindu di hati Allah je tau. Kalo ikutkan banyak je nak cerita tapi masa sangat tak memberi kerjasama. Kadang tu dalam fikiran dah plan baik punya nak update malam ni pas anak2 tido last2 Mama pun ikut tido sama.
Harini Sabtu. Minggu kedua kena bertugas hari Sabtu. Minggu lepas ada Majlis Anugerah Cemerlang, hutang yang tahun lepas punya baru nak buat tahun ni. Pas majlis tu sambung plak dengan Mesyuarat Agung PIBG.
Tapi tu buat kat sekolah dan tahun ni Mama dah letak jawatan bendahari so taklah sibuk mana cuma mula2 tu je sibuk sket sebab kena bahagian hadiah pulak tahun ni.
Mama hakim bahagian nasyid
aww.. ye ye je kan.. padahallll... huhu..
Tapi arini Mama terlibat dengan MTQ pulak. Majlis Tadarus al-Quran. Peringkat zon je tapi kena jadi hakim so sebelum ni 2 kali jugak la kena hadiri mesyuarat. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
sekolah kami penyelaras bahagian bercerita
tu yang syok snap pic pentas kecik comel ni
tapi sekolah orang punya stage
kami touch up jela..
Kalau ikutkan tahun2 lalu Mama memang berada di bahagian bercerita je. Start tahun lepas kena ganti sorang Ustaz tu jadi hakim, hah terus tetap dan berpencen la jadi hakim nasyid katanyeeee... adeh..
Tapi takpe la jugak kan. Berkembang la jugak pengalaman lain selain penyelaras bercerita kan. Seronok la jugak tengok nasyid tu. Bahagian yang hot2 adalah nasyid dan bercerita la. Dua2 bahagian pun Mama pernah terlibat. Tapi slek sket peserta bercerita kami sorang tu tarik diri last minit. Bukan sebab tak ingat ke apa tapi sebab malu. Hadoi.. takleh nak kata apa lagi dah..
Anak2 duk dengan Ayah je arini. Minggu lepas Mama anto rumah Tok Abah mintak tolong Achik Anna jaga. Balik tadi dalam jam 2.00 petang tengok kereta takde. Ni mesti gi rumah Nenek. Memang betullah dorang kat sana.
sempat buat cucur bilis buat lelaki2 kesayangan di rumah
Memang Mama yang suh gi sana taklah tensen sangat Ayah nak jaga budak2 tu. Mama bukan apa, malas nak bertekak kalo2 nanti budak2 buat hal ke atau apa. Duk kejap je pastu balik rumah mandikan dan tidokan anak2. Of course la Mamanya pun tido sama. Huhu..
Sedar2 dah petang. Lunch pun tak. Penat punya pasal. Anak2 pun penat main sampai tido lena sungguh. Ayah ajak kuar cari makan dan beli beras sebab beras dah habis. Huhu. Biasa la tengah2 bulan ni kan. Eh, takdela tengah sangat. Dah dekat nak gaji dah kan. Huh, sesak.. huhu..
Balik makan, pastu mandi solat pastu rehat dengan anak2. Ayah takde gi ngaji. Biasa la malam2 minggu ni memang Ayah takde. Lepak2 tengok tv sampai anak2 tergolek baru la Mama bebas nak online. Wuhuu..akhirnya.. hihi..
0 comments:
Post a Comment