Entri tanpa pic ibarat pohon tanpa buah. Ecewah, pepandai je tukar perumpamaan ye. Yela, Mama memang tak suka update blog tanpa pic cuma kadang2 tu rasa kena update jugak walau takde pic. huhu, paham tak?
Ok, aritu ada sedikit kerajinan, maka Mama susun semula EBM dalam deep freezer yang dah berterabur tu. Yang betulnya bukan sebab rajin pun, tapi sebab masa nak guna tu susah nak ambik ebm yang terdahulu dek kerana dah berterabur kan, maka paksa diri untuk rajin la.
Lagipun ebm yang tinggal pun dah tak banyak. Tengok la pic atas tu ha. Dah nampak dasar deep freezer dah pun kan. Harap2 cukup la hingga Jun ini ya Allah..
Setakat harini duk ada 60 keping je lagi ebm tu. Lagi 58 hari bekerja yang memerlukan ebm sebagai bekalan di rumah Opah. Oh, kalau ikutkan ebm yang tinggal, kena bekalkan sekeping jela sehari, means 3 oz sehari. Cukup ke?
Bunyamin minum 6 oz sepanjang Mama bekerja dari jam 7.30 pagi sampai 2.00 petang. Kadang2 lebih. Kalau Mama kena mesyuarat ke kursus, Mama bekalkan 9 oz. Kadang2 tak cukup tapi sebab Bunyamin dah besar, maka Opah beri dia minum dan makan dulu sementara tunggu Mama.
si kecil yang sentiasa omey di mata Mama
Mama yakin insya-Allah mencukupi. Sekarang ni memang malas betul mengepam di rumah. Tuntutan kerja seharian memang memenatkan Mama untuk serajin dulu. Dulu pun banyak kerja cuma dulu mungkin sebab Bunyamin masih kecil, perjalanan masih panjang maka semangat tu tinggi.
Sekarang ni bukanlah nak give up, belum lagi nak give up cuma buat setakat mampu. Ha, tu jela boleh bagitau. Setakat mana Mama terdaya Mama buat. Kalau rasa dah penat sangat dan tak terdaya dah, ok thats it. Jom la kita tidur. Ha camtu je.
Berdoa banyak2 kepada Allah moga dipermudahkan lagi baki perjalanan yang tinggal sedikit je lagi ni. Moga susu Mama untuk Bunyamin sentiasa cukup sampai dia genap 2 tahun bulan Jun ini.
Ya Allah, permudahkanlah.. permudahkanlah.. permudahkanlah..
0 comments:
Post a Comment