Lagi bertambah jeles tengok kawan tu dah ada sepasang anak. Yang sulung boy, sebaya Iman. Anak kedua baru 4 bulan, girl. Bambam pulak tu. Lagi bambam dari Bunyamin masa kecik.
Homei kan bambam girl ni. Eii, geram sangat. Jeles sangat. Homei je pakai skirt. Oh, sangat mengidamkan baby girl. Tapi belum ada rezeki. Berdoa banyak2 ada la rezeki no 3 nanti dapat girl.
Bunyamin kalau bab makan alhamdulillah takde masalah. Ok je dia. Nganga je mulut tu bila suap makanan. Semua pun dia makan. Senang sangat. Alhamdulillah.
Iman tu jela memilih sikit. Nasik paling tak suka. Memang anak Mama. huhu. Dulu2 masa kecik nasik adalah musuh no 1 Mama. huhu. Iman ni benda merapu ke jajan ke dia suka sangat la. Bagi sepeket pun boleh habis dia makan sorang.
Tapi sekarang ni ok la jugak. Dia makan la jugak 4,5 suap. Tapi sebelum dia nak rasa nasik dan lauk tu bercinta jugak la memujuknya. Biasanya bila dah rasa sesuap baru la dia akan terus makan untuk suapan seterusnya. Kadang2 makan banyak kadang2 sikit. Walau apa pun syukurlah Iman sekarang nak makan jugak berbanding dulu tutup mulut terus.
Aritu tak sempat pun nak masuk rumah kawan Mama tu. Tengok dari luar je sebab ramai tetamu dan keluarganya. Penuh dah rumah tu. hihi. Nanti la datang lain kali eksklusif.. ;)
Kepada sahabat Mama tu, selamat masuk rumah baru. Sila bagi aura girl kat aku.. huhu..
1 comments:
Thankѕ very niсe blog!
Also visit my blog post Chatroulette
Post a Comment