♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, April 25, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin : Menyusu Ketika Demam

Banyak jugak entri Mama bercerita alkisah anak2 demam, batuk, selsema, penat. Alhamdulillah budak2 berdua sudah semakin sihat dan jarang2 demam. Mama amalkan meal shake dan omega daripada Shaklee. Alhamdulillah serasi..

Bercerita pasal demam anak2, sepanjang perjalanan menyusukan Bunyamin ni, Mama pun selalu diduga dengan kesihatan yang merudum.

Demam la, sakit telinga la, sakit kaki la. Macam2.. namun kena la hadapi ujian dan dugaan ini dengan tabah dan sabar. Baru sikit ujiannya. Takde la sampai perlu menggadai nyawa macam rakyat Palestin kan.

Kali ni bukan nak bercerita pasal anak2 demam. Nak cerita sikit pasal Mama dorang yang demam. Eh, selalu pulak Mama demam sekarang ni. Bila demam je, mula la timbul spekulasi mengatakan ada 'orang baru' la.. ada 'isi' la.. haha...

Yang pastinya buat masa ni belum ada apa2 hepi news lagi untk dikongsi. Belum ada rezeki lagi. Lagipun misi menyusukan Bunyamin sampai 2 tahun masih belum lengkap. Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum selesai menunaikan haknya. Moga Allah permudahkan baki perjalanan yang masih bersisa ini.


Aritu sebelum cuti sekolah bulan Mac, tiba2 Mama diserang bengkak susu sampai demam menggeletar kesejukan. Suhu tinggi sangat tapi Mama rasa sejukkk sangat. Ini kali kedua Mama kena.

Plan asal tu nak cuti rehat sebab nak uruskan rumah yang 'sangat kemas' itu. Last2 terbaring je. Gi klinik doktor bagi mc 2 hari. Kensel cuti rehat.

Sakit sungguh bengkak susu ni. Berketul. Pam memang tak jalan la. Suh Bunyamin isap pun kurang berkesan sebab dia dah besar. Minum sikit je pastu kalut nak main dengan Abang. 

Maka terpaksa la telan ubat. Telan jugak kalsium Shaklee. Alhamdulillah semakin kurang kurang dan kurang. 

Boleh ke menyusu bila Mama demam?

Oh, sangatlah boleh ye.. Sebab anakanda akan membina antibodinya sendiri bila si ibu demam..

So jangan risau2 bila kita demam ye..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥