Hari cuti minggu lepas kami tak ke mana2. Melepak di rumah saja. Sejak Ayah terlibat dengan jadual kerja sempena nak PRU ni, kami memang tak dapat berjalan ke mana2. Mana taknya, Ayah kerja 12 jam – rehat 24 jam – kerja 12 jam. Gitu la gilir2 sampai 7 mei nanti.
Bila Ayah di rumah, Ayah banyak rehat dan tidur sebab nak cover masa kerja yang panjang dan memenatkan tu. Sementara Ayah tido, Mama dan anak2 dengan aktiviti kami la kan. Huhu.
Aktiviti apa? Mama macam biasa la, buat kerja rumah apa yang patut. Adakalanya pause bila Bunyamin merengek nak menyusu, Abang nak buang air, nak minum, nak itu nak ini.. campur dengan gaduh adik beradik berdua tu lagi.. huhu.. Penuh aktiviti masa cuti kami..
Pagi tu Mama baring2 je sambil meneman anak2 main. Bunyamin minta Mama letak kiub atas lori kecilnya sebab dia nak tarik lori tu. Belum sempat tarik, kiub dah jatuh. Dia suruh Mama letak lagi dan lagi dan lagi berulang2 kali.
Last2 Mama cakap :
“Adik gi ambik mainan lain la. Yang ni tak boleh la..”
Pastu Bunyamin dengan selambanya gi ambik kiub yang SAMA macam yang dia tengah main tu. Huhu. Aduhai.. adik.. adik.. Kamu sangat comel tahu..
Tapi tak lama pun diaa main dengan kiub tu. Pastu dia bosan sebab kiub tak bagi kerjasama dengannya. Huhu. Akhirnya dia main tarik2 lori saja. ;)
0 comments:
Post a Comment