Dan Mama sesungguhnya sangat bersyukur kerana dihantar bertugas di 'kampung' sendiri. Alhamdulillah. Tambah bersyukur bila suami juga bertugas di sini. Walau tidaklah terlalu hampir dengan rumah, tapi masih boleh berulang setiap hari.
Kesian dengan kawan2 yang terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga bila dihantar bertugas jauh. Tambah malang bila perkerjaan pasangan statik di satu2 kawasan sahaja yang memaksa hanya seorang sahaja perlu berusaha minta ditukarkan.
Guru j-QAF macam kami ni memang agak sukar nak mohon bertukar kecuali kalau kita tau sape2 nak tukar suka sama suka. Agak sukar la nak jumpa yang nak tukar suka sama suka ni. Kena usaha lebih sikit. Tapi ramai jugak yang berjaya jumpa dan akhirnya dapat tinggal sekali dengan keluarga.
Impian ini sudah lama. Sejak mula berumahtangga. Mengimpikan ada rumah sendiri. Sudah 5 tahun menyimpan impian ini, sambil duk tanya2 jugak kot2 ada tanah nak jual. Setelah sekian lama akhirnya jumpa juga...
Alhamdulillah harganya berpatutan dan kedudukannya hampir jugak dengan kawasan tempat kerja Mama. Dengan tempat kerja Ayah tu memang agak jauh la jugak sebab tempat kerja Ayah sememangnya agak jauh. Tapi Mama rasa lebih kurang dengan rumah sekarang kot.
Tak sabar nak uruskaan hal pembelian tanah ni. Kami beli 2 lot sebab harganya masih di bawah bajet kami. Moga Allah permudahkan urusan kami. Insya-Allah Mama akan update dari semasa ke semasa perjalanan kami untuk rumah impian. :)
Syukur...
0 comments:
Post a Comment