♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, April 3, 2013

Dulu & Kini

DULU..

Masa bujang rasa banyak sangat kerja
rasa 24 jam macam tak cukup
terutama masa zaman belajar dulu..

Tapi rupanya masa tu la zaman yang punya
banyakkkk masa.. 
dah kawen..
dah jadi Mama..
baru la rasa masa tu banyaknya masa terluang
tapi asyik la rasa tak cukup masa..
dasarrr kan.. huhu..

Walau rasa macam tak cukup masa
tapi dah nama fomfuan kan
tetap la punya masa untuk diri sendiri..

Mama ni jenis suka benda2 cantik
benda2 cute
tu yang jadi berlambak2 benda kecik2 tu
sampai taktau nak buat apa
nak buang sayang
nak simpan macam menyemak.. huhu..

Mama suka beli blouse
atau t shirt muslimah..
atau tempah baju untuk pakai kerja
suka beli tudung..
dah ada anak suka beli baju anak2..
baju suami pun suka beli sebab suami jenis tak suka beli baju..
kontra!

Pendek kata..
u just LOVE shopping very much!
kan dah cakap tadi..
dasar fomfuan kan..
hihi..

Tak semua fomfuan cam Mama
tapi rasanya kebanyakannya cam Mama kot..
hihi..

Dulu2 masa zaman bujang Mama suka tudung akel
suka sangat kot..
zaman study kat U dulu memang tu jela tren tudung Mama..
semua warna pun ada kot.. huhu..
biar la design sama pun janji semua warna ada..
ala.. warna apa je pun baju Mama..
biru *feveret
pink
kuning
hijau
tu je kot.. huhu..

Bila dah bekerja
jatuh chenta dengan bawal pulak
bawal bidang besar la..
harga boleh tahan mahal jugak kot..
dalam rm30 - rm35
ada yang rm40
tapi beli sikit2 la kan..

Slow2 berhijrah dari tudung akel *bidang kecik sket tapi still labuh jugak*
ke tudung bawal..
suka sangat bawal sama macam suka sangat akel
sebab mudah dibentuk
senang nak basuh..
tahan lasak jugak
pin sana sini pun still ok..
tapi pakai gi kerja saja kot
kalau kat luar masih tetap akel di hatiku.. huhu..

jap nak tunjuk gambo..
asyik cerita je kan..

eii.. huhu..

Gambar atas tu masa hari last exam di UM..
actually atas 20 06 tu ada tulis Universiti Malaya
tapi alkisahnya kawan yang snap pic tu tak reti amik gambo
makanya takde la UM tu..
redha jela..
gambo dia lawa je Mama snap.. huhu
*masuk bakul angkat sendiri sebab takde sape nak angkat*

Ok, berbalik cerita tadi kan..
lama jugak Mama setia dengan bawal tu
sampai Iman dah lahir pun Mama still berbawal.. eh.. huhu..
masa orang dah kecoh2 tudung ekspress tu pun
Mama masih berbawal..
sebab Mama rasa tudung lycra tu tak sesuai
dengan orang muka bulat macam Mama
nanti lagiiii bertambah boolat..
lagipun belum jumpa yang labuh..

Mama tak kisah kualiti
tak kira bawal gred apa pun
janji labuh dan tak jarang..
dan paling utama ianya selesa..

Sampai la satu ari jalan2 pasar malam dengan Mak Njang..
ingat lagi..
tengok2 ada plak jual yang labuh..
dan murah..
rm16 je masa tu..
kira murah dah la tu..
Mama beli 3 ke 4 helai tak ingat..
biasa la.. trademark.. suka sangat beli banyak2 sekali..

Try2..
eh, takde la muka jadi bulat..
ok je..
selesa..
terussss.. jatuh chenta pulak..
masa tu belum banyak koleksi
maka pakai selang2 la dengan bawal..

Beli sikit sikit sikit..
lama2 terus simpan bawal buat koleksi je
huhu..



DAN KINI..

setelah 2,3 tahun bertudung ekpress ni..
tiba2 rasa nak pakai akel balik..
atau bawal..

Sebab tengok bawal dan akel trend sekarang
bertone2 warnanya..
tak lagi 1 tone je macam dulu2..
adeh.. memang menggamit hatiku yang suka shopping ini..

Slow2 cari kat tenet..
i just love online shopping..
sebab dah ada 2 anak ni
memang kem salam la nak berlama-lamaan shopping di luar
nak belek nak telek..
online senang..
walau tak dapat nak pegang nak belek nak telek..
tapi mudah dan menjimatkan masa tenaga
anak2 pun selamat takde nak terdedah dengan
cuaca panas hujan, orang ramai, habuk, kuman..

Takpe la bayar pos sikit pun..
asal senang koje ku.. huhu..

Jumpa la blog fabrik pantai timur ni..
cantik2 tudungnya..
asalnya Mama cari bawal..
jumpa akel pun ok jugak la..

Sebab dah tau kualiti akel camne..
dan ex-lover akel kan..
maka beli la kita pelbagai warna..
kan dah kata trademark tadi kan..


Maka hari pertama selepas buka sekolah aritu..
berakel la kita ye..
semua pun pandang semacam..
tapi still tak tegur.. hihi..

Dah la Mama pakai baju lama yang jaranggg sangat pakai
lagi la nampak lain kan.. huhu..
tapi akhirnya ada jugak yang tegur tudung Mama..
nampak comey pakai tudung camni..
amboi, puji tak hengat..
mak anak 2 dah oii.. takde maknanya comey haih..
tak kembang pun.. sebab tau nak amek ati tu.. huhu..


Dan ini hari kedua Mama..
amboi, semua baju yang jarang pakai haa..
bukan sebab apa jarang pakai..
takde tudung yang sesuai..
kalau ada pun tudung tu dah lusuh sebab lanyak teruk sangat.. huhu..

Bawal lama?
ada.. ada..
aritu bagi Mak Njang pakai..
tapi dia pulangkan balik sebab dah banyak dah kot koleksi tudung dia..
masa Mama bagi tu dia baru kerja..
atau dia pun dah beralih angin pakai lycra kot.. huhu..

Dan bawal2 lama itu bakal di selongkar semula..
dan akan dipakai semula
mana2 yang masih berkeadaan baik..
insya-Allah..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥