♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, April 19, 2013

Happy Birthday Hubby!

14 April 2013 ~ Pujuk suami gi beli hadiah hari lahirnya. huhu. Konpem dah tak surprise. Memang la cadangan asalnya nak surprise kan beliau tapi setelah menimbang2 beberapa perkara, tak jadi la pulak. Terpaksa la pujuk tuan badan gi beli sama2. 

Kenapa sampai kena pujuk2? Sebab tuan badannya tanak. haha. Tah pape je suami ku itu. Orang nak bagi hadiah pun tolak. Zuhud beno gayanya. hehe..

Masa nak ke kedai hadiah tu, lalu kat kiosk TM. Sempat lagi upgrade wifi di rumah. huhu. Macam2 hal..


teruja tengok badut
siap dapat belon love2




Selesai di TM, baru la mengorak langkah ke destinasi utama. mihmih.. Di manakah destinasi itu dan apakah hadiah misteri yang tak berapa nak misteri itu? haa.. akhir entri kita show off ok.. mihmih..

Pas selesai beli hadiah, yang lebih menggembirakan si isteri berbanding birthday boy.. mihmih.. lalu pulak Tutti Fruity.. teringat memang dah lama mengidam *bukan sebab ada isi, cuma ada lelemak manja saja, mihmih* maka singgahlah kita sekejap di situ..

O ye lupa nak cerita. Iman tak ikut sebab kebetulan masa singgah rumah Tok Abah dia tertidur sebab seharian tak tidur. Singgah rumah Tok Abah tu sebab na hantar nasi beriani ngan sambal udang kat Mak Njang yang mengidam *ni mengidam sebab ada isi*. 

Ayah tak pernah makan. Nasib baiklah Mama pernah makan lamaaaa dulu dengan Mak Njang dan Achik Anna kat Ipoh. Masa tu Bunyamin kecik lagi. Kat sini pun belum ada Tutti Fruity ni. Masa tu memang jakun gile kot sampai gi tanya orang kaunter tu camne nak serve. huhu. Tak kira malu ke apa dah sebab memang jakun gile semua2 pun. Selebihnya sebab takde orang masa tu. huhu.


Itu baru cerita 14 April ye.. belum birhtday lagi.. huhu... ok baru nak masuk cerita pada hari yang sebenar..

15 April 2013

Plan asal Mama nak cuti arini. Nak celebrate beria2 la sket kononnya. Tapi minggu lepas dah demam dan mc 2 hari sebab bengkak susu, maka malu2 alah la pulak nak cuti lagi minggu ni.

Dah order rainbow kek pun. Yang sepatutnya dapat petang ni la. Tapi atas sebab2 tertentu yang malas nak cerita, maka takde la rainbow cake tu.

Kebetulan arini jugak tiba2 ada agenda menengok tanah lot nak dijual. Memang kami dah lama cari tanah nak buat rumah. Banyak je dah tengok tanah sana sini. Yang ok, mahal melampau2. Yang murah, dah kawasan banjir la, ada rumah nak kena roboh dulu la, banyak tuan yang taktau duk mana la, tuan dah mati tak tukar nama la.. macam2 hal..

Lepas tengok tanah, dah hampir waktu maghrib. O ye, gi tengok tanah dengan Tok Abah, Tok Mama dan Achik Anna juga. Adik dan Abang sudah mandi sebelum gi tengok tanah tu, tapi habis berselut sana sini sebab seronok main kat tanah tu. Tapi akhirnya tak jadi ambik kot tanah tu sebab mahal sangat2.

Malam tu pas maghrib Mama dan Ayah keluar beli tomyam. Mula2 order by fon je dulu sebab dah kenal baik dengan pengurus kedai tu. Sementara tunggu siap masak sempat cari kek dulu. Tak jadi rainbow cake, beli cheese cake pun ok.


Sebelum makan tomyam n the geng, marilah kita potong kek dulu. Tahun ni anak2 sudah besar, si sulung pun dah bijak dengan mulutnya yang macam orang dewasa. Belum apa2 dia dah nyanyi lagu hepi besday. Kebetulan hari sebelum tu ada sambutan kecil besday kawan dia di sekolah. Mama syak mesti cikgu dia ajar lagu besday tu.

Kalu cikgu ajar semua betul dan masuk kepala. Siap nyanyi2 di rumah. Kalau Mama ajar dia, silap2 haribulan dia ajar Mama balik. Erm.. gitu la anak.. huhu..


Anak2 potong kek dengan si empunya hari lahir. huhu. O ye, baju anak2 tu baju baru. Beli online je senang. Takyah nak keluar berpenat lelah. huhu. Taktau la Mama silap beli atau memang itu corak dia, rupanya ada gambar bunga kat gambar kucing tu. Tah baju fomfuan ke laki tah. Belasah jela anak2 oi.. huhu..


Banyakkkkk lauk malam tu. Macam kan ramai sangat je padahal 5 je dewasa, 2 lagi kekanak rebina.. huhu.. Memang tak habis 2,3 lauk tapi takpe boleh simpan untuk esok. Esoknya memang betul2 makan lauk ni je untuk lunch. Kan jimat. Sebab family kami jenis tak kisah. Setengah orang tak boleh ulang lauk sama. Kami bedal je.. huhu..

Itulah kisah besday Ayah. Untuk Ayah..

Selamat Hari Lahir, Sayangku Khairul Mkayamin..
Moga sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Ilahi..
Dimurahkan rezeki selalu hendaknya..
Dipanjangkan usia harapannya..
Menjadi suami ku dunia akhirat..
Menjadi Ayah terbaik dunia akhirat..
Sayang selalu daripada isteri mu.. ;)


show off hadiah besday tahun ni..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥