Mama dan anak2 stay rumah Tok Abah. Siangnya Mama tinggalkan anak2 rumah Tok Abah kejap. Mama balik rumah nak mengemas rumah yang tunggang langgang tu. Haih, memang dasyat kot rumah kami. Baju banyakkkk tak berlipat, nak sapu dan mop lantai, kemas dapur, kemas bilik2, sapu sawang.
Alhamdulillah bila anak2 takde cepat sikit kerja siap. Memang macam lipas kudung buat kerja sebab kesian anak2 tinggal lama di sana walaupun sebenarnya dorang seronok je duk rumah Tok Abah tu. Lebih kesiankan si kecil tu la sebab dia masih menyusu badan. Tambah susu Mama pun dah bengkak sikit sebab lama dia tak menyusu.
Buat itu buat ini yang penting2, baru setelkan yang tak berapa penting tapi pending dah beberapa lama. huhu. iaitu...
Laa.. apa kebenda pulak dah ni? Haa.. ni la namanya penyidai tudung awning. hihi. Memang bersyukur berjumpa dengannya di internet. Sangat praktikal dan rumah lebih kemas. Tak caya? Ok baca sampai habis.. hihi..
Ok, gambar di atas zoom in sket. Sekeping ni boleh sidai 17 helai tudung. Klip dia homei2 je tapi sangat ketat ok. Yakin la nak sidai tudung berat2 tu, in shaa Allah...
Tengok tu. Tu gambar sebelumnya. Cara yang sama jugak Mama sidai cuma yang tu Mama guna hanger biasa dan sepit dengan sepit biasa. Berapa banyak hanger kena guna daa.. hihi.. Pastu sepit tu ada yang tak ketat menyebabkan kadang2 tudung jatuh ke bawah.
Haa.. tengok gambar selepasnya. Lebih kemas dan tersusun kan? Mama hanger ikut warna tudung. Suka sangat2 sebab lepas ni Mama punya lebih ruang untuk hanger baju yang lain. Paling utama dah tak nampak serabut sangat.
Harganya RM35 untuk sekeping hanger. Mama beli 3 keping dengan harga RM100 termasuk pos. Murah ke tak, Mama taktau sebab ni pertama kali jumpa dan beli hanger jenis ni. Yang penting praktikal sangat2.
Kalau nak beli jugak boleh beli dengan :
0134565712
the_niey91@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment