Tahniah buat adik ipar Mama
baru menerima baby boy
5 Jun 2013
sib baik tak 4 jun kan
kalo tak sama dengan Abang Iman
Melihat riak muka gusar adinda yang baru bergelar ibu mengharungi ujian bayinya jaundis, membawa diri terkenang kembali saat getir melalui ujian yang sama malah mungkin lebih hebat lagi bila anakanda ada G6PD pulak yang melambatkan proses penurunan bilirubin dalam badannya.
Jaundis 24.7 masa anak sulung, yang hampir2 menukar keseluruhan darahnya, ditambah lagi masalah pasang yang dialami yang mencuri masa rehat dan tidur Mama, cukup mencabar kesabaran dan ketabahan.
G6PD anak kedua yang memerlukan dia ditahan di wad sejurus selepas bersalin dan berlanjutan hingga hari ke-11 dek kerana jaundis turun naik turun naik, juga cukup menguji kesabaran.
Dalam keadaan diri baru lepas bersalin, perlu pula melayan jaundis si kedua2 anak yang berpanjangan, melayan emosi ibu baru bersalin lagi, memang memenatkan dan menekan jiwa. Anak pertama paling terasa berat. Tidur tak cukup, rehat tak cukup, berlarutan berbulan2 lamanya.
Namun alhamdulillah, anak kedua ni mula2 je stress pastu tenang la sikit berbanding anak pertama. Banyak faktor yang menyumbang. Paling utama adalah PENGALAMAN.
Ya, pengalaman tidak boleh dijual beli. Melalui pengalamanlah segala ujian awal lepas melahirkan dilalui dengan tabah. Juga dengan sokongan suami dan keluarga.
Tapi bila berlaku situasi yang sama pada orang lain, serba salah rasanya nak berkongsi pengalaman. Risau dikatakan memandai2, macam bagus sangat, menunjuk2 dan sebagainya. Akhirnya baik diam saja selagi tidak ditanya. Itu lebih baik agaknya.
Pengalaman mendewasakan. In sha Allah jika ada rezeki lagi, perlu bersedia lebih dari segi mental menghadapi ujian awal pasca bersalin. Paling utama ujian jaundis. Adeh.. Tapi tidak ada perkataan 'serik'. In sha Allah..
0 comments:
Post a Comment