Pastu lama pulak simpan azam nak tanam pokok bunga menjalar pulak. Mama suka bunga yang batang lembut dan menjalar tu. Kurang suka dengan bunga batang keras dan tinggi2. Tapi depan rumah tanam pokok bunga raya kan. hihi. Haa tu sebab bunga tu senang hidup, senang jaga dan senang tanam. Tu sebab utama. hihi..
Duk fikir2 jugak kat mana nak cari bunga ni, dengan pasu panjang camni harganya mahal jugak. Sekali kat kedai Eco yang baru bukak kat sini ada pulak jual pasu panjang ni. RM2 sahaja ye. Murah gile kot.
Kebetulan sorang cikgu kat sekolah tu bermurah hati mengindahkan sekolah dengan menanam pokok2 bunga dan tanaman herba. Eh herba tu tak minat kot. Sebab tak guna kot. Kecuali pokok lidah buaya tu je. Bukan tanam sendiri, ambik dari rumah Tok Abah je. hihi. Gunanya bila anak2 demam untuk jelum kepala dorang.
Cikgu tu cakap pokok bunga kembang 10 ni senang tanam. Cucuk je batang dia dalam tanah, duk kat cahaya matahari, jaga air dia, buh baja bunga bagi bunga banyak, ok la dia. Seronok Mama dengar. Maka cuti sekolah aritu buat projek beli pasu panjang tu 5 buah, gi sekolah ambik bunga, ambik tanah di rumah Tok Abah, terus tanam.
Fuh, puas hati tengok hasil tangan sendiri. Ayah memang tak amik tau pun sebab tak minat menanam. Eh, taktau la minat ke tak sebab tak pernah tengok tanam apa2 pun kat rumah ni. Nak kata bersihkan kawasan depan tu pun takde. Tak minat la kot.
Actually Mama pun tak minat jugak. Bila tak minat, takde bakat, maka tak reti la menanam kan. Pernah dulu bela pokok kaktus, boleh mati. haha. Padahal tak susah mana kot bela kaktus. Tu tandanya memang buta menanam pokok tau tak. Tak reti langsung.
Tapi bila duduk rumah sendiri, walaupun sewa, nak jugak nampak ada tumbuhan menenagkan jiwa kat rumah ni kan. Gersanggg je mood pun tak best. Bila tanam pokok bunga raya dulu, puas hati betul tengok sekarang ni dah sampai ke bumbung dah. Tapi sempat tanam je, takde masa nak belai2, nak bersihkan kawasan sekeliling dia.
Niat tu ada tapi kekangan masa dengan anak2 kecil lagi. Kalau Mama buat, mesti panglima berdua tu ikut sama buat. Bahaya jugak kot Mama ralit main pokok anak2 main kat jalan. Ni bunga kembang 10 ni Mama tanam dalam pasu sebab kalau nak pindah nanti senang angkut je sekali. Sayang oo nak tinggal.. ;)
Ada lagi 1 jenis pokok bunga menjalar yang Mama teringin nak tanam. Di sekolah ada benihnya tapi baru tanam. Tunggu la dia besar sikit Mama nak tanam di rumah pulak. Tambah lagi pasu RM2. hihi..
1 comments:
Unable to follow the login procedures to Binance account
Are you unable to follow the procedure to login to your Binance account? You can directly get in touch with the skilled and talented professionals by dialing Binance support number which is always active and users can get in touch with the team anytime and get the perfect solution and remedies in accessible manner. The skilled and talented team of customer care executives is there to help you at every step.
More Details Visit Here:- https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/
Post a Comment