♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, June 14, 2013

PERTAMA Kali Dalam Hidup

Amboi.. tajuk tak boleh blah sangat kan.. hihi. Saje sesekali nak wat kontroversi boleh kot.. eceh..

Apa yang pertama kali tu? Haa.. pertama kali pergi kursus sejak bekerja. Aik, bukan pernah ke update pasal pergi kursus? Itu lain.. itu kursus tak bermalam. Kali ni kena pegi kursus bermalam pulak dah. 3 hari pulak tu. pfff...


Sebenarnya macam malas jugak nak pergi. Sebab jauh jugak la. Kena tinggal anak2 lagi. Tapi jauh di sudut hati macam best la jugak sebab :

1) Belum pernah kursus lama dan bermalam. Biasanya lama camne pun mesti tak bermalam.

2) Belum pernah kursus jauh2. Biasanya dekat seciput tu je ha tempat kursusnya.

3) Anak2 sudah besar. Si abang pandai bawa diri dan mudah dijaga walau takde Mama. Si adik pun Mama rasa ok kot tinggal 3 hari walau masih menyusu.

4) Memang ada terdetik di hati, kalau kena kursus lama, tinggal si adik lama, mungkin lebih mudah wean off. Sebab sekarang memang duk terfikir2 nak wean off.

5) Ahad tu sekolah Mama sukan. Mama kena jadi pengacara. pfff.. Ok, jadi pengacara bukan bidang Mama. Memang takde bakat. Tapi kalau kena buat jela kan. Bila kena gi kursus ni, tak terlibat dengan sukan, maknanya takyah jadi pengacara. Bukankah itu berita gumbira? hihi

6) Kurus ni bukan directly untuk cikgu. Ni sebenarnya untuk pentadbir. So Mama rasa cikgu2 yang pergi ni mungkin membantu pentadbir masing2 je kot. Tak la berat sangat rasanya. Lagipun Mama dah pernah pergi kursus berkaitan 2 kali dah, tapi tak bermalam la.

7) Isi kandungan kursus termasuk dalam minat Mama jugak. Ala2 buat blog gitu. Tapi Kementerian Pelajaran punya blog la kan. Kira blog sekolah dan warga sekolah. Tak best ke tu?

Ok, atas sebab2 di atas, maka Mama terima la arahan kursus ni. Tapi bercadang nak bawak jugak pam risau bengkak susu apa pun tak boleh nanti. Sebab sekarang sudah tak mengepam di sekolah, tapi masih terasa bengkak tu. Balik rumah Bunyamin menyusu reda la. Ni 3 hari Bunyamin tak menyusu, risau risau. Baik sediakan pam sebelum bengkak.. ;)

Kalau ada masa nanti Mama update lagi blog penuh sawang ni ye.. hihi...



 

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥