♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, February 4, 2014

Hari Ini

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis di blog kesayangan ini. Ye, walau sudah lama, tapi ianya masih menjadi kesayangan. Selamanya, in sha Allah..

Bukan tidak menjenguk, cuma tiada tulisan baru. Bukan tiada cerita ingin dikongsi, tapi tiada hati untuk melakari. Entah mengapa.. sendiri tak mengerti..

Melayari kehidupan kini tidak semudah suatu waktu dulu. Waktu itu hanya yang indah2 sahaja tercoret menjadi memori. Yang mudah2 saja diharungi. Yang bahagia2 saja dirasai. 

Tapi kini pelbagai rasa perlu dihadapi. Terlalu pelbagai hingga tiada rasa akhirnya. Hati jadi beku dan kaku. Ingin marah, untuk apa. Ingin sedih, untuk apa. Ingin gembira, untuk apa. Tah lah..

Cuma satu yang pasti, semuanya demi anak2 tersayang. Semuanya kerana mereka. Ku bertahan, demi mereka. 

Kenapa entri sedih melakari susasana, setelah lama menyepi? Oh tidak, ku tidak sedih. Hanya mencari sebuah ketenangan dengan meluahkan. Itu saja..

Anak2 sudah besar2. Abang sudah 5 tahun. Adik sudah 3 tahun. Ingat lagi dulu blog ini penuh dengan cerita keletah anak2 dan cerita penyusuan terutamanya. Sumpah ku rindu saat itu. Ingin rasanya mengulangi perjalanan manis itu tapi hingga kini nampaknya masih tiada rezeki.

Sedang mencuba mengandung semula. Moga masih diberi kesempatan merasai LDR lagi, masih punya waktu mengumpul ebm banyak2 bagi membakar semangat lagi, moga masih ada peluang menikmati jatuh bangun pahit manis perjalanan penyusuan lagi.

Bunyamin masih menyusu. Ye, extended breastfeeding pada usianya 2 tahun 8 bulan secara tepatnya. Ada juga cuba wean off tapi nampaknya Bunyamin memilih untuk terus menyusu. Takpe lah dik, menyusulah selagi kamu mahu dan selagi Mama mampu. In sha Allah..

Abang sudah sekolah. Pra sekolah di sekolah Mama. Terasa masa begitu cepat berlari. Anak2 sudah besar. Ku sudah tua. ;)

Nanti di kesempatan yang lain ku mencoret lagi.. Sampai ketemu lagi..



Yang Ini Pun Best



1 comments:

Sweet Siti Shop said... [Reply to comment]

Mama iman, salam... boleh mama iman review semula berkenaan dgn sauna vibro pants yg mama iman beli dulu? Tq

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥