♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, November 23, 2009

Kisah Sedih

08 - 12 JUN 2009

Rupanya bukan hanya yang indah-indah saja akan mewarnai dunia Mama selepas kelahiran Iman. Iman ditahan wad kerana jaundis tatkala Mama pun berada di Wad 19 kerana masalah sistem perkumuhan Mama tak berfungsi selepas proses melahirkan Iman. Sedihnya Mama tak terkira. Hati meruntun hiba mengenangkan anak Mama keseorangan tanpa Mama menemani. Setiap hari Mama menangis memikirkan Iman.

Setiap hari juga Mama minta kebenaran doktor untuk discaj daripada wad. Namun tidak dibenarkan kerana kes Mama agak berat. Tinggallah Mama menghitung hari untuk bertemu anak Mama. Tiba hari keempat Mama di wad, Mama dibenarkan pulang. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi.

Keluar daripada Wad 19, Mama terus ke Wad B3, wad Iman. Mama taknak balik rumah sebab taknak berpisah lagi dengan anak Mama. Walaupun keadaan kesihatan Mama masih belum pulih sepenuhnya, namun Mama tak kisah asalkan anak Mama sentiasa di hadapan mata.

Malam pertama dengan Iman, Mama cuba menyusukan Iman dengan susu Mama tapi Iman menolak. Mungkin 3 hari minum susu formula membuatkan Iman terlupa nak menyusu susu Mama. Tapi Mama tak putus asa, Mama tetap berikan susu Mama sebab itulah saja ubat untuk jaundis Iman.

Akhirnya usaha Mama tak sia-sia. Iman nak jugak menyusu kembali. Sepanjang malam Mama tak tidur menjaga Iman. Jam 5 pagi Mama ke tandas. Sekembalinya Mama ke katil, Mama lihat tangan Iman ada kapas. Mungkin doktor ambil darah Iman masa Mama ke tandas tadi.

Esoknya Ayah datang melawat kita. Kesian Ayah, mesti Ayah susah hati melihat keadaan kesihatan kita berdua. Ayah cakap Ayah tak tidur di rumah Nenek atau di rumah Tok Mama. Ayah tunggu kita di rumah kita. Sedihnya hati Mama mendengar pengakuan Ayah. Tapi doktor masih tak benarkan Iman pulang kerana bacaan SB Iman masih tinggi iaitu 14.

Pagi Jumaat membawa khabar gembira apabila doktor mengizinkan Iman pulang kerana bacaan SB Iman dah turun ke 13. Alhamdulillah... Berita itu Mama khabarkan kepada Ayah, Ayah kedengaran riang mendengar khabar itu. Kita pulang petang itu ke rumah Nenek.

Walaupun banyak dugaan melanda keluarga kita, Mama redha kerana ia menguji kasih sayang kita. Mama sayang Iman dan Ayah...


Iman tatkala jaundisnya mececah 24.7 SB



Keadaan Iman tika ini sangat meruntun hati Mama

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥