Iman lena tidur di tengah-tengah keriuhan sanak saudara
Sebaik Mama dan Iman pulang daripada wad, Nenek dan Atuk mengadakan kenduri Marhaban untuk Iman dan Suffian, anak Cik Siti. Mama memang sangat penat dan sangat lemah. Rasanya tak terdaya menahan lagi tapi demi menghormati permintaan Ayah, mama tabahkan diri.
Jiran-jiran hadir menziarahi Iman. Iman hanya tidur saja. Akhirnya Mama tak terdaya menahan lagi, Mama tertidur di atas katil Mama. Walaupun begitu, Mama berpesan pada Ayah untuk mengejutkan Mama supaya Mama boleh menyusukan Iman. Setiap 2 jam Mama bangun menyusukan Iman untuk memastikan jaundis Iman turun ke tahap normal.
Seluruh ahli keluarga gembira menyambut kelahiran Iman. Iman buah hati semua orang. Sudah pastilah Mama dan Ayah insan yang paling gembira dan bersyukur atas kehadiran Iman ke dalam hidup kami. Ayah kelihatan sangat riang. Mungkin bersyukur dan lega kerana akhirnya anak dan isterinya kembali ke sisinya. Hati seorang lelaki, tiada siapa dapat menduga. Itulah Ayah Iman, yang sangat pandai menyembunyikan rasa hatinya. Namun Mama tau Ayah sangat menyayangi kita.
0 comments:
Post a Comment