Jalan-jalan lagi.
Kali ini ke destinasi baru
LANGKAWI...
bestnya...
3 bulan sebelum tarikh yang ditetapkan
segala perancangan dah dibuat
siapa nak pegi..
nak dok mana..
nak makan camne..
nak jalan-jalan naik apa..
bajet camne..
tarikh yang ditetapkan adalah pada
26 - 28 Februari 2010
ari jumaat hingga ahad
punya la lama… alang-alang berjalan biar lama sikit
pada hari yang ditetapkan
kami bertolak dari Taiping seawal jam 5 pagi
solat Subuh di R&R Gurun
yang tak bape best sebab suraunya “besar” sangat
ambik Cik Ana di maktabnya
makan pagi dalam perjalanan ke jeti Kuala Perlis
dapat tiket jam 11 pagi..
ok la tu...
sambil tunggu feri minum2 dulu
sampai ke jeti Langkawi terus ambil kereta
kami sewa inova sebab ramai
senang... semua naik 1 kereta je..
terus cari homestay di Ulu Melaka
jauh jugak
tapi still ok sebab tempatnya center
nak ke pekan Kuah ok..nak jalan-jalan pun ok..
selepas solat Zohor
orang laki pun solat Zohor jugak ari Jumaat ni sebab musafir
kami ke pekan Kuah dulu...
shopping time...
punya la ramai orang...
maklum la cuti bersambung...
kami shopping di
Hj Ismail Group
Dan kedai-kedai dalam deretan yang sama
iman
mandi
tukar baju
rutin iman tetap ikut schedule walaupun dalam lawatan
malam kami keluar lagi
sambung shopping apa-apa yang belum jumpa
kot-kot ada jual gajah ke
makan di Dataran Lang
pemandangan di Dataran Lang tak dapat ditunjukkan
sebab gambar gelap
kan malam...
esoknya kami ke Pantai Cenang
untuk Island Hopping
maknanya pusing 3 pulau
ramai orang menyebabkan terpaksa tunggu lama
tapi akhirnya dapat jugak turn
1 bot untuk kami sekeluarga
.: sementara menanti turn nak naik bot :.
.: iman excited :.
iman sangat mengantuk
dalam bot mata semakin layu
tambahan pula sedap kena angin yang nyaman
iman yang kecik pun kena pakai safety jacket
iman tenggelam dalam jaket tu...
cute sangat...
.: penantian yang lama membuatkan iman mengantuk :.
.: cutenya iman tenggelam dalam safety jacket :.
destinasi pertama ialah
bagi burung helang makan
pulau apa ke nama dia tah
sebenarnya hanya menengok orang bagi helang makan
sebab ramai sangat
agaknya kulit ayam pun habis dah nak supply
helang makan kulit ayam
helang pun kenyang gila aritu
pulau kedua ialah
Pulau Beras Basah
sepatutnya boleh mandi
tapi disebabkan ramai sangat manusia
kami hanya bersantai2 menikmati pemandangan saja
.: di Pulau Beras Basah :.
.: adakah kerana kebosanan yang melanda? :.
pasirnya sangat halus dan putih gebu
iman pun bukan main suka main pasir
mama ngan ayah iman pun suka jugak
.: iman khusyuk "mandi" pasir :.
.: mama & ayah melayan iman main pasir :.
pulau ketiga ialah
Pulau Dayang Bunting
.: macam perempuan mengandung kan? :.
.: bergambar kenangan :.
nak memanjat punya la lelah
mama pulak dukung iman
masa ni iman dah lena di pangkuan mama
.: kesian anak mama mengantuk + letih :.
di Tasik Dayang Bunting
sepatutnya boleh mandi
semua 'sepatutnya'...
tapi sebab ramai sangat rasa tak selesa pulak nak
bermandi manda bersuka ria
kami duduk aje di jetinya
tunggu ikan urut kaki sambil makan daki di kaki
tapi ikan kat sini pun dah kenyang makan daki orang
kami hanya rendam kaki jela
buat syarat...
.: aktiviti rendam kaki :.
berakhirlah lawatan ke 3 pulau
turun dari bot
ada pulak cenderahati pinggan yang dihiasi gambar sendiri
huhuhu....
ambik gambar curi2 ya...
beli jugak la memandangkan muka sendiri yang terpampang kat situ..
1 pinggan rm10...
petangnya kami meneruskan lawatan ke
Kolam Air Panas pulak
belum siap renovate lagi
jadinya kami hanya rendam kaki jela
semuanya nak berendam kaki
.: iman teruja tengok air :.
iman pun sibuk nak turun ke dalam kolam
bukan tau takut
sampai basah baju dan seluar
kena la tukar lagi...
singgah Pantai Pasir Hitam
tengok pasirnya yang berwarna hitam
Tok Abah cakap sekarang dah tak hitam sangat
dolu2 memang hitam betul pasirnya
kuasa Allah...
singgah kejap di
Pusat Kraf pulak
tapi mama ngan iman tak masuk sebab
iman tido...
hari terakhir...
pagi2 dah sampai di
Langkawi Cabel Car
orang pun belum bukak kedai
.: iman & mama :.
sementara tunggu kaunter tiket bukak
Tok Abah bawak iman melawat Mini Zoo dekat-dekat situ
siap main dengan rusa lagi haa...
.: Tok Abah rajin melayan iman :.
masa kat sini semua orang dah keletihan
sebab dah 3 hari berjalan
tapi pemandangannya memang cantik
nampak semua kawasan di Langkawi
kadang ada jugak rasa ngeri berada di tempat tinggi
macam-macam fikir
takut jatuh la..
takut putus tali la..
takut iman jatuh la..
.: iman lena di bahu mama :.
.: anak mana nie? :.
dah puas pusing-pusing
naik turun tangga bagai
kami pun turun ke tanah
cadang nak ke Telaga Tujuh
tapi kena berjalan kaki jauh ke dalam
semua dah tak sanggup
hanya melihat kawasan sekitar saja la..
tiket feri adalah pada jam 4 petang
sementara menanti kami jalan-jalan lagi
ke Makam Mahsuri
tapi mama ngan iman tunggu dalam kereta
iman tido
kaki mama pun dah sakit
rajin sangat bersenam la katakana..
dekat-dekat jam 4 petang
kami pun hantar kereta
duduk menanti feri di jeti
feri delay 15 minit
lebih kurang jam 5.30pm
kami bertolak meninggalkan Langkawi
dengan 1001 kenangan manis
juga dengan harapan akan kembali
mengukir kenangan lagi
di sini.....
0 comments:
Post a Comment