♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, July 13, 2010

Kena Tipu Dengan M2U : updated

Salam semua...

masih ingat tak entri Mama yang bertajuk

Ya Allah, Tabahkan Hatiku Menempuh Ujian-Mu Ini



lanjutan daripada kes tersebut
Mama mendapat banyak kata2 semangat
daripada rakan2 blogger Mama
juga doa yang tak putus2
juga turut menerima ucapan terima kasih atas entri Mama
yang turut memberi peringatan dan amaran kepada mereka


pada 18 Mei 2010
Mama menerima surat chenta daripada pihak maybank
walaupun dah agak lama
tapi rasanya Mama perlu memaklumkan kepada rakan2 semua
sebagai peringatan dan luahan perasaan Mama juga...

Mama nak review sikit about surat tuh...



1 : kronologi tragedi...


2 : maybank memaklumkan bahawa tiada kegagalan sistem atau apa2 yang tak kena pada sistem ketika kejadian...


3 : maybank cakap takleh bayar balik duit Mama...

4 : amaran seperti yang Mama bagitau rakan2 semua...




memang HOT jugak baca surat ni
walaupun ianya dalam bahasa yang agak sopan la jugak
sebenarnya dalam bahasa biasanya dia nak cakap camni :




1 : saja nak citer kat ko apa yang berlaku pas ko klik emel tu. sape suruh klik. padan muka ko...


2 : aku tak salah. sistem aku rekod takde pape masalah atau pencerobohan sistem pon. kau yang wat citer niee.....
oleh sebab itu nak kata SALAH AKU la tue...


3 : salah ko.. nape lak aku yang kena bayo...
yang ya nya maybank TANAK BAYAR duit aku dan TANAK BERTANGGUNGJAWAB atas kehilangan duit aku. nak kata aku la yang cuai, bukan sistem diorang yang GAGAL MENGAWAL aktiviti jenayah cyber camni.


4 : hah..len kali jangan gatal tangan wat camni lagik...
kesimpulannya aku gak la yang salah...


okkay, Mama mengaku memang salah Mama sebab Mama klik kat link tu
tapi yang Mama kesalkan adalah kerapuhan sistem yang sangat penting nih...


senang nak dicerobohi..
senang nak dipergunakan..
senang nak diduplicate jadik sejibik sejiban macam website diorang...


Mama sekali lagi meminta
semua rakan bloggers Mama
berhati-hati dengan internet banking ni..


untuk pengetahuan semua
akaun maybank Mama yang deactive aritu
sampai sekarang Mama tak aktifkan lagi
rasanya bia jela camtu sampai sudah
malas nak aktifkan lagi dah...
hilang kepercayaan...


ayah yang selalu bayar2 bil via m2u pon dah tak pecaya dgn m2u
so fragile...


moga Allah ampunkan dosa Mama..
mungkin ini kifarah dosa Mama
insya-Allah Mama cuba tabah dan bangkit semula..


doakan Mama yer...

Yang Ini Pun Best



9 comments:

shaliza said... [Reply to comment]

benda dah jadi mmg la kita kata dah jadi, tapi nak lupa tu susah...huhu
ngeri juga ya nak guna M2u ni,sb saya pun mmg pengguna tegar la jugak...sb cepat.
Patutnya M2U kena ada security yang kuat kan...bukan senang2 nak duplicate link mcm tu. huhu

waliz said... [Reply to comment]

saya pun penah kena,duit hilang frm my account tp jgn harap la diorg nak bayar balik w'pun kita x salah.anyway thanks for sharing mama iman.

eima said... [Reply to comment]

ari tuh dpt msg dr maybank ..jgn click link dlm email mengenai m2u ..
rasa nye dah ramai yg kena la nih .. bahye nye ...

Aida said... [Reply to comment]

salam mama,

byk2 kan bersabar yer.. byk tu rm1000...

mamaiman said... [Reply to comment]

baru2 ni aje maybank amik tindakan sebar sms pasal penyangak cyber nie..
sebelum nie ada ker????
ini menunjukkan dah terrrrlalu byk kes camni berlaku..
tapi sekurang2nya ada la jugak langkah berjaga2 dilakukan..
itu pon selepas Mama terkena...
sedeyy...
memang rm1k tu byk..
tp bg dorang rm1k tu mcm habuk jerk..
sebab dorang kan bese main juta2..million2..trillion2 nie..
setakat rm1k ape la sgt...

nuraarin-life said... [Reply to comment]

Saya pun takut juga guna maybank2u bila tengok mcm2 kes dah jadi... Cuma sekarang berhati2 skit, akaun maybank pun duit tak banyak...

Em's Family said... [Reply to comment]

hmm ye lah , bende nak jadi... thank you for sharing

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

diorg takkan btgjwb pya kan.. saya pon dh taknak guna lagi mybnk. takot sgt2..

thnx 4 sharing lagi kak

[-suziey-] said... [Reply to comment]

salam ziarah..hehe..lompat2 dr blog fara dhelina..salam kenal..

hmmm..takziah di ats kehilangan 1k tu..anggapla rm1k tu bkn rezeki mama..so Tuhan amik balik dgn cara mcm ni..redha ok..jgn sedih sgt..sbb setiap kepunyaan kt ni sbnrnya milik kekal Allah swt..so Dia berhak ambik balik dgn ape cara sekalipun..sbaar ok..redha..kt pn dpt pahal bila kt redha dgn setiap ketentuanNya..pasti ade hikmahnya..mgkin dia nk menguji iman mama pn ye jgk..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥