♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, July 29, 2010

PFO vs ASD

Salam sejahtera...

seperti mana Mama pernah citer dulu
pasal appointment iman dengan pead hospital taiping..
arini Mama ada masa sikit nak update citer
pasal PFO iman...

apa dia PFO tu?
PFO = patent foramen ovale
kalo cakap kita ni jantung berlubang la..

hah?..iman ada jantung berlubang ke?
jawapannya : YA

mesti tak sangka kan...
baby seaktif iman rupanya ada jantung berlubang
sebenarnya memang iman dah didiagnosis
ada jantung berlubang ni since dia 3 bulan

walaupun begitu
iman takde tanda2 ada jantung berlubang
mukanya tak pernah biru
tapak tangan dan kaki juga tak pernah biru
kuku pun tak hitam...

awalnya iman kena follow up ke pead hospital taiping
due to jaundis dia yang tinggi masa newborn aritu
kena check pendengaran..
check semua2 la..
then doc dengar macam ada extra bunyi kat jantung dia
cemana bunyinya tidaklah kutahu ye..

then kena wat ekokardiografi 
kira macam scan jantung la..
masa scan tuh Mama memang sentiasa ada di sisi iman
iman diberi ubat tidur
sebab prosedur ni memerlukan jantung
dalam keadaan tenang..

dup dap dup dap jer masa HA tu scan jantung iman
then discuss antara diorang
ngam2 habis scan
iman pun bangun...

lastly Mama tau la resultnya
iman ada ASD = atrial septal defect
ASD ni type of jantung berlubang jugak
cuma bentuk lubangnya lain sikit dari PFO
bukaan dia macam gambar kat bawah ni
renggang antara 2 dinding



kalau PFO pulak
bukaannya macam gambar kat bawah ni
macam nak bertindih


ok..sambung balik citer tadi..
pastu iman dirujuk kepada pakar jantung kanak2
kat penang

kat sini Mama & Ayah diberi penerangan lebih jelas dan detail
pasal masalah iman ni..

menurut pakar tuh..
dia nampak lubang iman jenis PFO
bukan ASD macam yang pead taiping cakap

menurut beliau jugak
PFO ni kebarangkalian ia tertutup sendiri lebih besar
sebab bukaan dia macam dah nak bertindih

kalo ASD bukaan dia renggang
macam dalam gambar tadi kan

syukurlah..
Mama berdoa moga PFO iman cepat2 tutup..
bulan 10 ni ada appointment lagi
dengan pakar jantung kat penang..
dengan pead hospital taiping pun ada
bulan 11...

moga segala urusan dipermudahkan Allah...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥