dah lama sebenarnya Mama nak kongsi kronologi kelahiran anakanda Mama.. namun masa agak terbatas.. memandangkan Mama ni kalau dah start cerita tentulah panjang berjela2 yer... arini baru berkesempatan.. saja Mama nak share sebagai kenang-kenangan buat tatapan iman dan insan2 terdekat Mama...
5 bulan selepas berkahwin, Mama disahkan mengandung 6 minggu... tika itu hati Mama sangatlah gumbira dan bahagia.. Mama dijangka melahirkan iman pada 19/5/2009... sama dengan tarikh lahir tok mama...
Mama menjalani tempoh mengandung tanpa banyak masalah. iman sememangnya anak Mama yang baik. Alhamdulillah Mama takde alahan apa2. Cuma badan je rasa letih, kerap demam dan selsema. Masuk 7 bulan Mama jadi sakit kat bahagian ari-ari. Terutamanya bila banyak berjalan atau berdiri. Drive pun dah tak boleh. Pagi ayah hantar ke sekolah. Balik sekolah tok abah ambik...
Mama memang dijangka melahirkan bayi lelaki. Setiap detik tika mengandungkan iman Mama hargai dan hayati. Sebab mengandung sulung kan. Tentunya dah tak sama jika Mama mengandung lagi selepas ini. Setiap perkara Mama ambil berat... Mama juga banyak bertanya pada yang dah berpengalaman...
Tiba tarikh yang dinanti, 19/5/2009, Mama masih takde tanda2 nak melahirkan. Malah boleh hadir temuduga SPP untuk pelantikan ke jawatan tetap lagi.
10 hari berlalu. Mama masih belum ada tanda apa2. Akhirnya pada 27/5/2009 (rabu), Mama diminta admit wad untuk pemeriksaan. Masa tuh Mama punya la takut. Bukan takut sebab apa.. Mama tak penah admit wad, so tak dapat bayangkan camne keadaan di sana. Pastu Mama takut kena paksa bersalin. Mama takut ubat dah masuk, sakit dah rasa tapi jalan belum terbuka. W/pun takut Mama paksakan diri g admit wad. Yang hantar Mama ialah ayah sahaja.
Di wad, doktor buat pemeriksaan bukaan. Namun sememangnya jalan belum terbuka langsung w/pun 1cm. Namun begitu doktor tahan Mama dulu untuk pemantauan. Kot kot la esok lusa ada bukaan pulak kan.. Mama duk wad sampai 30/5/2010 (sabtu). Akhirnya doktor benarkan pulang tanpa perlu induce sebab kes Mama ni, doktor yang check monthly tuh silap bagi due date. Tah pape je kan.. Due date yang sebenarnya adalah pada 2/6/2010 (selasa). Pas discaj tuh, Mama sempat lagi gi makan kenduri kawan. Kawan pun terkejut tengok Mama sebab ingatkan dah bersalin.. Sampai sekarang dia ingat iman lahir bulan jun after dia kawen...
Masa ni dah start cuti sekolah. Ahad, isnin & selasa tu takde apa2 berlaku. Selasa malam rabu Mama & Ayah tidur d umah tok abah. Malam tuh Mama dah rasa lain macam. Sakit kat pinggang sampai tak boleh tidur. Bila baring rasa sakit dan lenguh. Jenuh tukar2 posisi pun still sakit. Sampai la ke pagi. Pas subuh baring semula.
Pada 3/6/2009 (rabu), lebih kurang kul 9.00 pagi Mama turun tanda. Sebelum turun tanda tu Mama rasa lain macam, Mama bangun nak gi tandas, masa tuh la terasa laju je kuar sesuatu. Mama dah agak ni mesti tanda bersalin. Mama tengok2 ada darah bercampur air warna kecoklatan sket. Mama bgtau ayah dan tok mama. Masa tu tok mama dah nak gi sekolah dah sebab bertugas masa cuti.
Tok mama kol tok abah bgtau pasal Mama. Pastu kami bertiga bersiap2 nak ke hospital. Sebelum tuh singgah umah Mama dulu ambik beg dan barang2 yang Mama dah packing siap2 2,3 bulan yang lalu. Masa tu Mama tak sakit sangat. Sikit2 aje..
Lebih kurang kul 1.00 tengahari baru la selesai urusan admit wad Mama. Bukaan baru 2cm. Mama duk wad dulu. Seharian jugak la di wad. Masa melawat petang tuh ramai la datang. Mama ok lagi time tu..sakit agak kerap tapi boleh ditahan lagi..
Menjelang malam sakit semakin kerap. Asyik kuar masuk tandas je dah. Mungkin kepala iman dah turun sangat dah kot. Kontraksi semakin kerap sampai Mama mintak nurse check bukaan. Nurse yang check bgtau jalan dah bukak 3-4cm. Kul 3 pagi, sepatutnya Mama dah boleh masuk labour room. Tapi nurse yang lebih senior tak bagi masuk lagi sebab katanya anak sulung lambat. Tunggu jela kat dalam wad. Sebab dalam wad boleh makan, minum, sapu2 ubat bagai..Dalam labour room dah takleh watpe dah, kena tunggu je atas katil...
Takpela.. mama pun tunggu jela kat katil. Memang dah sakit time tuh.. tapi Mama terfikir camni ke sakit bersalin? Sakit..tapi boleh tahan lagi.. Kalo sakitnya camni ok la..mama fikir..
Tunggu punya tunggu sampai la pagi. Lebih kurang kul 7 baru Mama dibenarkan masuk labour room. Tu pun Mama jalan kaki sendiri. Muahahaha...
Mula2 masuk labour room, gerun je tengok bungkus2 hijau. Mama tau dalam bungkusan hijau tuh ada macam2 gajet.. Sib bek la berbungkus.. Kalo tak mesti bertambah gerun..
Mama diminta tukar pakaian. Pakai baju macam nak operate tuh. Baju labuh warna putih. Ikat kat belakang. Then diminta berbaring. Pastu doktor pecahkan ketuban dan masukkan tiub kat saluran kencing. Dorang tak bgtau tapi Mama tau sebab Mama penah baca pundi kencing memang akan dikosongkan untuk mempercepatkan kepala baby turun ke pintu rahim.
Then bermula la penantian Mama. Menanti bukaan terbuka sepenuhnya. Masa ni sakit lebih kuat dari kat wad malam tadi. Rupanya sakit yang Mama rasa masa kat wad tuh baru bunga2 sakit besalin aje...
bersambung...
2 comments:
tak sabar nak tahu citer selanjutnya...
Yer...tak sabar juga...hikhikhik
Ohhh iman tua 8 hari dari balqish, sekolah sama nanti....:):)
Post a Comment