Pada Jumaat lepas, jam 11.21 pagi, rakan setugas Mama dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.4 kg. Tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarganya atas kelahiran anak ke-7 beliau. Baby boy nie memang sangat dinantikan setelah memiliki 5 puteri dan baru sorang aje putera. Beliau memang sangat menginginkan anak lelaki. Anak lelakinya yang sorang tu pun, scan nampak perempuan. Pas lahir terkejut tengok rupa2nya lelaki. Hehe..
Mama belum berkesempatan menziarahi beliau memandangkan minggu ini aktiviti agak padat. Setiap petang Mama ada program nak buat. Pergi check up Iman la, beli barang2 Iman la, open house office Ayah la, aktiviti sekolah la. Macam2 urusan. Insya-Allah cuti hujung minggu ini jika berkesempatan nak gi la ziarah dia. Mama ingat lagi, dulu Mama pernah ziarah masa anak dia yang ke-6. Masa tu Mama single mingle lagi. Hehe..
Nota Mama : Teringin anak perempuan...
5 comments:
congratz to your fren diberi rezeki baby boy.. makin bertambah murah la rezeki n bahagia la hidup..
tahniah untuk rakan mama tu.....semoga dia n babynyer sihat...
alhamdulillah..beliau dan babynya sihat2 aje..
anak kan pembawa rezeki..
tahniah utk rakan mama, errmm teringin nak anak pompuan ekkk...kena preggy cepat2 ckit
hehe..mmg teringin pon mamasyaza..
nie tengah usaha la nie..hehe..
Post a Comment