Salam sejahtera...
Akhir2 ini Mama selalu terasa..mungkinkah mimpi..atau mungkinkah terlalu kepingin membuatkan diri ini berada di alam fantasi.. Adakalanya ketika tidur Mama terasa macam ada tendangan kecil dalam rahim Mama. Sama ketika Mama mengandungkan Iman dulu. Adakalanya Mama terasa gerakan kuat macam masa di akhir2 kandungan Mama dulu.
Mungkinkah ada seseorang dalam rahim Mama? Rasanya kalau soalan itu ditanya sekarang mungkin jawapannya tidak. Tapi masa akan datang taktau la kan. Mama juga pernah bermimpi Iman dapat adik girl. Punya la teringin anak perempuan. Hehe..
Mama sekarang pon memang sedang berusaha untuk mengandung. Banyak2 doa, usaha..kemudian bertawakallah. Hanya kepada Allah saja kita dapat memohon apa2 jua yang dihajati.
Mama juga dapat beberapa petua daripada seorang bidan. Petua untuk dapatkan baby girl. Ini cuma salah satu usaha kita sebagai makhluk-Nya. Sesungguhnya rezeki itu Allah jua yang menentukannya mengikut kehendak-Nya.
Ok, jom kita share sikit petua nak dapatkan baby girl. Girl saje sebab yang boy Mama tak tanya la pulak. Hehe.. Kata nak baby girl kan.. Sila jangan fikir negetif okkay.. Ini hanya satu perkongsian ilmu...
1) Doa ~ Ini yang utama la kan...
2) Berurut ~ Mama baru tau rupanya boleh berurut untuk dapatkan baby girl. Mama berurut jugak sebab kebetulan bidan tu datang urut biras Mama yang baru bersalin. Bila dia kata boleh, Mama urut ajela. Cara dia urut, dia betulkan kedudukan peranakan Mama ke kanan sikit. Dia tarik rahim ke kanan la senang cakap. Supaya dinding sebelah kiri lebih hampir dengan pintu rahim.
3) Elakkan makan kekacang ~ Ni pon Mama baru tau. Rupanya kekacang juga perlu dielakkan. Ingatkan seafodd aje kena elakkan untuk baby girl nie.
4) Banyakkan makan masam2 ~ Yang ni Mama tau tapi menurut bidan tue masam2 tue bukan asam yang kita selalu makan tuh. Masam2 nie masam asli like mangga, epal hijau.. Ooo..Mama ingatkan asam2 tue pon boleh jugak.. Tapi asam2 tue memang tak elok pun untuk badan kan..
5) Bersama suami sebaik sahaja habis haid dan STOP pada hari ke 13, 14 dan 15 ~ Katanya pada hari ke 13, 14 & 15 tu telur jantan yang aktif.
6) Semasa tidur, letakkan anak di sebelah kiri ~ Ini bagi memastikan kita tidur mengiring sebelah kiri. Kan biasanya ibu-ibu yang menyusukan anak ni akan tidur ngadap anak untuk disusukan kan.
7) Selepas bersama terus mengiring sebelah kiri ~ Rasanya petua ni ramai yang tau kot. Kalo nak baby boy ngiring sebelah kanan. Ikutkan pengalaman Mama (mungkin rezeki Allah juga), dalam usaha nak ngandung Iman memang Mama suka ngiring kanan.
8) Selepas bersama jangan terus bangun ~ Bidan tu kata kena tunggu dalam sejam ke setengah jam ke baru boleh bangun gi buang air ke apa. Untuk memastikan benih2 suami menuju ke dinding sebelah kiri la kot.
9) Isteri perlu 'mengalah' ~ Yang ni tak payah ulas la. Kalo dah kawen mesti tau. Hehe...
Mama-mama yang sedang baca nie ada apa2 petua tambahan lagi tak? Jom share...
6 comments:
hik hik...
info yg baik nie...
mmg tgh berusaha pun=)
hehe..
try la..
usaha..pastu tawakal la..
bagus la info nie..
coming soon leh la try..
nnti sy post kn 1 info n petua.. sy ni belum kawen.. tp ni kawan sy yg blaja medical yg bg. dia suruh sy smpan utk maa depan.. petua dari segi saintifik.. tp papepun.. Tuhan juga la yg menentukannyer..
lan_ax..
akak x sbr nak baca entri awak..
nanti dah post inform erk..
hehe..
salam kenalan..
petua yg sgt baik..ada yg pernah dan xpernah alynn dgr..blom nk tambah bb tp akan disimpan petua nie ms akan dtg hikhik..
Post a Comment