♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, September 22, 2010

Raya Blues?

Salam sejahtera...


Raya blues masih melanda diri Mama kah? Sebabnya pas raya ni rasa malas sesangat sangat nak update blog. Ditambah lagi dengan laptop yang takde (Ayah bawak gi kursus)...lagi2 laa malasnya.... Pinjam lappy tok mama.. just bukak blog, baca komen, blogwalking kat yang tinggalkan jejak..thats it.. Ni baru nak mula cari semangat balik...


Semangat...semangat...datanglah kau wahai semangat....hehe..


Minggu ni Mama dan Iman duk umah tok abah. Sebab Ayah pergi kursus di ILIM, Bangi selama seminggu. Selamat berkursus, Sayang...


Kena tinggal lagi kan... Its ok..kalau Ayah yang kena kursus rasanya ok lagi.. Tak dapat Mama bayangkan kalo Mama kena kursus berhari2 sampai kena tinggalkan Iman. Seingat2 Mama, tak pernah lagi Mama berpisah dengan Iman berhari2. Kali terakhir kami terpisah selama 4 hari masa Mama warded atas masalah kesihatan after bersalinkan Iman tahun lepas. Lepas tu Mama tak pernah tinggalkan Iman lagi melainkan pergi kerja je la. Tak la sampai bermalam...


Duk umah tok abah pun best jugak sebab ada kak aisyah dan adik aqil. Adik aqil masih dalam pantang lagi. Lebih kurang 2 minggu je lagi, aqil dah nak balik Melaka. Nanti hilang la suasana gamat kat umah tok abah bila kak aisyah balik Melaka dah. 


Di rumah tok abah, kami memang ada bilik sendiri. Tapi takde almari. Alhamdulillah..semalam dapatlah meng'ada'kan almari di bilik kami. Bolehlah simpan baju2 kami. Lagipun kerap jugak kami tidur rumah tok abah. Biasanya bila Ayah kena bertugas malam, Mama dan Iman akan bermalam di rumah tok abah. Bila dah ada almari ni senang la. Tak perlu la nak berangkut pakaian setiap kali nak bermalam. Bilik pun tak la serabut sangat dengan beg2 pakaian kami.


Walaupun minggu ni kami stay kat umah tok abah, tapi Mama tetap singgah tengok2 rumah setiap kali balik sekolah. Semalam Mama dan Iman sempat tidur sekejap di rumah. Home sweet home kan... ;)


Ayah bawa kereta dan lappy. So Mama macam 'patah kaki' gitu. Alhamdulillah tok mama baik hati meminjamkan keretanya yang comel itu buat Mama gi hantar iman umah opah dan pergi kerja. Iman tak boleh ditinggalkan bersama kak aisyah di bawah kawalan tok abah seorang sebab bila mereka bertemu akan gamatlah suasana dan akan terkejar2lah sape yang menjaga mereka. So, untuk mengelakkan berlakunya aksi kejar-mengejar ditambah lagi dengan kesiankan tok abah, Mama amik keputusan untuk hantar Iman ke rumah opahnya.


Nak wat kerja pun x boleh sebab kebanyakan kerja Mama menggunakan lappy. Kat sekolah bila takde kelas ala2 mati kutu x tau nak watpe. Padahal kerja banyak ni. Tapi memerlukan lappy. Komputer sek sumer problem. Virus la, takleh on la, kabel putus la, kabel ilang la. Aduyaii..jawabnya Mama melayan ngantuk aje la... Dah la j-QAFmate mc, takde kawan nyembang. Lagi la menambah tahap ngantukku ini... ;)


Alhamdulillah arini boleh pinjam lappy tok mama. Berjalan jugak la kerja Mama. update blog pun kira kerja jugak kah? Petang ni pas sekolah Mama ada jamuan perpisahan di Kamalodge Chalet, Taiping Lake Garden sempena persaraan PK1 kami. Rasa2nya Mama nak tumpang aje la sesapa. Malas nak drive. Boleh gitu? hehe...


Oklah..nanti Mama update lagi. Mama nak sambung kerja.. Hehe..



Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥