Salam sejahtera...
Alhamdulillah...syukur pada-Mu ya Allah.. Ini adalah kurniaan-Mu, amanah-Mu.. bukti bahawa kasih sayang dan rahmat-Mu sentiasa bersama kami sekeluarga.
Insya-Allah.. Jun 2011 bakal melakar sejarah peribadi buat diri Mama sekali lagi selepas Jun 2009 lalu. Juga pada bulan Jun yang sama dengan anjakan usianya ke 2 tahun, anakanda Mama Ahmad Iman Bukhari bakal menerima Adik. Mama dan Ayah menerima berita ini dengan penuh rasa terharu dan gembira.
Masa mula2 Mama check, rasa sayu mengundang di hati. Mama terus fikirkan Iman. Melihatkan kakak ipar dan makcik Mama yang baru menerima cahaya mata kedua mereka bersama kesibukan memberi perhatian kepada si kecil hingga si sulung merasa tersisih sampai demam2.. membuatkan hati Mama sayu sangat. Begitukah keadaan Iman nanti bila Mama lebih memberi perhatian kepada si Adik?
Namun setelah beberapa hari berlalu, Mama cuba positifkan diri dengan memikirkan usia Iman tika itu telah menganjak ke 2 tahun. Mungkin tika itu Iman sudah semakin ingin mencuba sesuatu yang baru dan mungkin tika itu Iman tidak semanja sekarang.
Mengandung kali kedua setelah hampir setahun setengah 'bersendirian', walaupun dalam keadaan yang sememangnya dirancang, membuatkan Mama seperti mengandung kali pertama. Taktau nak buat apa. Terasa tiada apa2 perubahan pada awalnya. Namun setelah seminggu kemudian, Mama terasa cepat letih, nak makan tapi tak tau nak makan apa yang sesuai, bila makan tekak terasa geli2..
Masa mengandungkan Iman, rasanya Mama steady aje. Makanlah apa saja, minumlah apa saja..tak pulak terasa semacam. mama cuma boleh makan dengan tanpa rasa apa2..tomyam sahaja. Mungkin sebab tomyam masam.
Sebelum Mama sedar Mama mengandung, Mama dah dapat agak sebab tiba2 Mama rasa teringin makan mee kari buatan tangan Tok Mama. Mama juga cepat lapar. Kelewatan haid, walaupun bagi sesetengah wanita merupakan tanda yang besar dan utama, tapi bagi Mama kelewatan haid tidak boleh dikira sebab haid Mama memang tak stabil. Ditambah lagi dengan Tok Abah yang mengidam masak lemak telur itik dan Nenek yang mengidam ondeh-ondeh. Hehe..
Rasanya Mama pernah cerita, selepas bersalin Iman, Mama tidak didatangi haid. Aidilfitri baru2 ini merupakan haid Mama yang pertama selepas melahirkan Iman. Bila dah mengandung semula, nampaknya mungkin selepas ini 2 tahun pulak tak haid. Hehe..
Mama dan Ayah mengharapkan kali ini perempuan pula. Kami telah berusaha dan berdoa. Kini tiba masanya untuk bertawakal kepada Allah. Kami menerima apa jua rezeki yang dikurniakan-Nya kerana Allah lebih tau apa yang terbaik buat kita.
Moga kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik...
5 comments:
Tahniah...semoga selamat semuanya.
terima kasih..
insya-Allah moga semuanya berjalan lancar...
tahniah mama iman...semoga dapat anak pompuan...amin
amin kak zaidah..
moga2..
salam..alhamdulilah..tahniah..bestnyer ler dgr org preggy..ermm..kontest tu BOD anak salah ehh..
Post a Comment