♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, October 20, 2010

Bajak



Salam sejahtera...

Anda kenal tak bendalah kat atas tuh?


Ada orang panggil jentolak, ada yang panggil back ho, ada yang panggil macam2 lagi... Bagi si bucuk Iman Bukhari, dia panggil BAJAK. Yang ngajo nyer Ayah dia la. Ayah cakap orang Johor panggil bajak. Kat sana kalo sebut back ho orang tak faham.

Oleh kerana Ayahnya ada darah orang Johor dan pernah menetap di sana semasa kecil bahkan bertutur pun slang Johor, anaknya pun diajar slanga dan perkataan2 yang digunakan di Johor juga.

Taktau la kenapa, Iman sangat suka tengok bajak. Nak2 pulak ada pembinaan landasan keretapi berkembar yang berhampiran dengan rumah kami, setiap kali pulang dari sekolah dari umah Opah sebenarnya..Mama yang pulang dari sekolah mesti Iman akan terteleng2... terjenguk2 tengok bajak yang sedang bekerja. 

Oleh kerana Iman sangat minat dengan bajak, semasa trip hantar Aqil dan Aisyah ke Kelantan aritu, sepanjang jalan mencari bajak takdela nak letih2.. tido apatah lagi la.. Nak duduk depan je dengan Tok Mama sebab duk depan lebih jelas penglihatan.

Masa Mama dan Tok Mama shopping shopping la sangat Ayah melayan kerenah Iman yang dah boring. Tiba2 Iman nampak BAJAK. Duk sebut "jak..jak..jak..." Kesian tengok Iman. Mama tanya Ayah nak beli tak. Ayah cakap beli la.



Ni la rupa BAJAK Iman. Warna merah kuning sedondon dengan keretanya. Kat sana ada macam2 jenis bajak. Kecik besar panjang pendek merah biru hijau semua ada. Mama belikan bajak yang besar kat Iman dan berwarna merah sebab Mama tau Iman suka warna merah.


Dalam perjalanan pulang ke Perak, dalam kereta, Iman punya la main bajaknya. "jak..jak..jak.." Itu jela yang disebutnya tak henti2. Tengok jela gelagat Iman bersama bajaknya...








Yang Ini Pun Best



4 comments:

eB ezrin said... [Reply to comment]

sgt comei bajaknyer itu... secomei tuannyer.... ;p

mamaiman said... [Reply to comment]

mamaaerish : hehe..yeke..tuannya kalo nak 'membajak' naik duk atas bumbung..sbb duk dlm x muat..hehe..

Zaidah said... [Reply to comment]

dah pandai main bajak yer...

Tinta Ana said... [Reply to comment]

bajak yang ada kat rumah tu bajak kak aisyah ekk..ingatkan bajak iman.ish3.masing2 sapat bajak dah.

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥