♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, October 4, 2010

Iman & Opah

Salam sejahtera...
Selamat pagi Isnin...

Harap pagi Isnin yang ceria ini membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup kami sekeluarga. Bagaimana dengan anda? Hari ini Mama nak cerita sikit tentang anakanda Mama itu, Iman Bukhari. 

Kebiasaannya, malam Isnin Mama akan packing beg Iman yang akan dihantar ke rumah pengasuhnya, Opah Iman. Ada sesetengah orang suka hantar baju anaknya tiap2 hari. Tapi Mama lebih suka hantar sekaligus untuk pakai seminggu pada hari Isnin. Tak kira sama ada ada lagi ke takde ke stok baju Iman di rumah Opah, Mama tetap akan hantar pada pagi Isnin.

Sambil2 melipat baju2 si comel itu, Mama teringat nak wat entri pasal ini. So malam tadi Mama snap gambar2 untuk ditempek kat sini. 


Inilah rupa beg Iman. Kadang2 Mama guna beg Pooh yang lebih besar kalau ada barang2 tambahan seperti susu, nestum, mainan, buku dan sebagainya. Mama suka masukkan dalam beg semua barang2 Iman untuk memudahkan Opah masa nak ambik Iman pepagi tuh. Kang jenuh pulak sebelah tangan dukung Iman sebelah lagi nak memegang benda2, kat bahu ada lagi beg galas. Untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku, Mama masukkan je semua barang2 Iman dalam satu beg. O, jom tengok lak apa isinya...


Inilah isinya. Stok pakaian Iman untuk seminggu. Biasanya Mama hantar 10-12 pasang baju berlengan pendek dan tiada lengan serta 2-3 pasang baju berlengan panjang. Baju lengan panjang ni Mama sediakan untuk digunakan time2 hujan. Kat kawasan kami ni kerap hujan. Sebab tu Mama sediakan jugak baju lengan panjang. Biasanya mesti akan dipakai jugak dalam seminggu. 


Di bawah sekali tu adalah 2 helai wet beg. 1 digunakan untuk letak pakaian kotor Iman. 1 lagi digunakan untuk letak CD Iman. Mama memang tak bagi Opah basuh baju Iman sebab taknak menambah beban kerjanya. Juga Mama sediakan 3 helai lampin untuk buat lap2 air liur Iman ke peluh ke atau apa2 kegunaan lain.

Seboleh-bolehnya Mama taknak membebankan pengasuh Iman dengan harapan beliau akan jaga Iman macam cucu sendiri. Pesan Tok Mama, sesekali ambillah hati pengasuh Iman dengan memberi hadiah apa2. Adakalanya Mama beri roti, biskut, gula. Aidilfitri baru2 ini Mama hadiahkan kain pasang untuk dibuat baju. Lepas raya aritu Mama ternampak kain yang Mama bagi dah siap jadi baju, disidai di ampaian.

Pengasuh Iman ni bagus orangnya. Walaupun dah pangkat Opah pada Iman, dan pangkat Mak pada Mama, tapi masih cergas dan tampak muda je. Kali pertama jumpa Mama tak sangka umurnya dah hampir 60 tahun. Masih kuat dan ceria selalu. Lembut aje orangnya. 

Opah Iman ni merupakan pengasuh kedua Iman. Sebelum ni Mama hantar Iman kat orang lain. Tapi disebabkan hal2 tertentu, Mama terpaksa cari orang lain untuk jaga Iman. Alhamdulillah bertemu dengan Opah Iman yang penyayang ni. Mama harap lama la Iman bersama Opahnya sebab Mama berpuas hati dengan cara jagaan beliau. Itulah serba sedikit kisah Iman dan Opahnya...

Yang Ini Pun Best



1 comments:

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

bersyukur sgtkan kalo dpt pengasuh yg bagus
akak pun bersyukur sgt tok umi masih kuat nak jaga cucu2 dia

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥