Salam sejahtera...
Mama baru sihat sikit daripada demam, batuk, selsema dan penat. Mengandung kali ini agak mencabar kesabaran berbanding mengandungkan Iman Bukhari dulu yang langsung tiada alahan teruk. Paling tidak pun Mama masih boleh bangun dan buat kerja rumah. Kali ini Mama hanya boleh bangun menunaikan solat sahaja. Itu pun solat duduk.
Mama ambil kesempatan atas sedikit kekuatan yang ada ini untuk update cerita kami ke Zoo Taiping hujung minggu yang lalu. Kami pergi bersama keluarga sebelah Ayah. Iman Bukhari punya la seronok walaupun mata mengantuk. Tetap layan je tengok binatang2. Binatang yang Iman kenal seperti gajah dan harimau berada di hujung jalan.
Jenuh jugak kami nak pusing tengok haiwan2 tersebut. Luas kawasan Zoo Taiping ni. Lebih kurang 3 ekar. Mulanya nak naik keretapi tetapi memandangkan terlalu ramai pelawat, kami ambil keputusan jalan kaki aje.
Walaupun kami ni orang Taiping, tapi rasanya dah beberapa tahun tak masuk Zoo. Kalau pelawat luar, harga tiket RM12. Disebabkan IC kami alamat Taiping, dapat diskaun 30%, jadi RM8. Kami semua 11 orang termasuk 2 baby iaitu Iman dan Uzair, anak Achik Ihsan.
Oleh kerana rombongan kami terdiri daripada ibu2.. ada yang sakit lutut (nenek), ada yang baru pas pantang (Achik Asmak), ada yang ngandung (Mama Iman)... kami banyak berhenti rehat kat pondok2 yg ada kat situ. Hehe.. Benti minum la, Uzair nak menyusu la..
Lepas keluar Zoo, kami berkelah pulak kat Lake Garden makan2 time.. Best.. Kamera Mama lak bateri lupa cas. Oleh sebab itu, guna henset jela.. Hehe.. Layan jela sedikit sebanyak gambar yang sempat Mama snap..
Iman ralit cari monyet terkecil di dunia
Iman in action with Cik Chik
Benti rehat sambil minum2
Dah nak kuar zoo baru berkesempatan bergambar bertiga
1 comments:
Setiap kali balik kampung pak mertua... biasanya kami sekeluarga akan ke sini... tak pernah jemu!!
Post a Comment