♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, December 19, 2010

Ad Hock Picnic @ Teluk Senangin

Kami ke Teluk Senangin lagi. Hari tu pergi bertiga saja, kali ini beramai2. Hehe.. Perkelahan ad hock yang sukses.. Ngeh..ngeh..ngeh..


Kali ini kami pergi bersama keluarga sebelah Ayah. Semua ada kecuali Atok & Nenek je takde sebab terpaksa jadi jurucakap orang bertunang kat taman kami. Adik-beradik Ayah semua sekali ada 10 orang. Belum campur anak2 buah 4 orang, Iman lagi, menantu lagi. Hua hua.. Bayangkanlah betapa meriah dan kecohnya.


Walaupun ad hock tapi tetap best bangat. Mama bukan main lagi mandi laut. Tak sedar ke awak tu peknen. Hehe.. Memula sampai lagi bebudak dah terjun laut. Bila sebut bebudak tu termasuk la anakandaku itu ye. Lama jugak la berendam budak kecik tu. Pakcik2nya rajin melayan.


Ada jugak yang makan2 dulu. Salah seorangnya Mama la. Perut harus diisi ye. Hehe.. Pas makan Mama join Iman mandi laut. Tak lama, Iman dok menguap2 dalam air. Memang tabiat tau Iman ni. Asal masuk air je, tak kira sungai ke laut mesti menguap2 ngantuk. Masa picnic kami bertiga aritu siap tido dalam pelampung lagi Hehe.. Ceritanya kat SINI. Memang mewarisi Ayah ni.


Bila Mama tengok Iman ala2 ngantuk, Mama bawak Iman naik pantai. Siram air tawar, pakaikan baju, bagi susu dan terus tido. Wahh..bahagianya anak dah tido dengan lena kan. Boleh la mak paknya bersuka ria mandi manda. Itulah antara sebab Mama berendam lama jugak dalam laut main ombak. Sebab Iman tido!. Hehe..


Dah rasa2 puas, Mama naik pantai. Terus gi bersiram air tawar di bilik mandi kat situ. Masa tu orang lain termasuk Ayah masih belum puas main ombak. Saja Mama naik awal. Nanti tak la terpaksa beratur nak mandi air tawar kan.


Mama dah siap, diorang dalam perjalanan nak mandi. Ok la tu, tak ramai sangat pun orang lain. Kami je pun dah meriah sakan. Mama solat, Iman masih tidur. Best betul kali nie Iman sporting. Hehe..


Lepas mandi, solat, kami semua lepak2 menikmati angin pantai kejap. Pastu hujan pun mula menunjukkan diri. Kami pun berkemas2 la nak balik. Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang sejam jadi lebih lama memandangkan banyak pembinaan jalan dijalankan sepanjang perjalanan kami. Ada pulak lori terbalik lagi la melambatkan perjalanan. 


Gambar dalam kamera Nenek sebab kamera Mama Ayah tertinggal dalam kereta kawannya masa Ayah gi camping aritu. Nanti Mama upload kemudian ya...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥