Ceritanya begini, Jumaat lepas Mama ke Bank Muamalat untuk tunaikan cek PIBG sekolah Mama. Disebabkan Mama ni diberi tanggungjawab sebagai Bendahari, maka Mamalah yang kena tunaikan walaupun sebenarnya Mama ni memang agak malas nak berurusan di kaunter sebab biasanya layanan pasti kurang memuaskan. Dah sebab terpaksa, pergi la jugak...
Cek tersebut memang cek Bank Muamalat. Tapi akaun PIBG sekolah adalah di Bank Islam. Taktau nak tunaikan di mana, maka Mama pergi la ke Bank Muamalat dulu nak bertanya. Kalau kena tunaikan di Bank Islam, nanti Mama ke sana la pulak. Cadangnya begitulah...
Masuk2 dalam tu Mama tanya pada Pak Guard memandangkan kaunter pertanyaa kat luar tu takde orang. Lagipun kebiasaannya kat bank ni kalau taktau memang la bertanya pada Pak Guard.
Mama : Pakcik, macamana nak tunaikan cek ni? (sambil beria2 tunjukkan cek tu kat dia)
Pak Guard : Ambik nombor..ambik nombor.. (sambil tangan main henset dan tak tengok pun kat Mama)
Masa tu Mama sabar lagi la. Sebab Mama ni kalau ikutkan memang jenis tak pandai nak menjawab atau nak bersoal balas dalam situasi2 camni.
Pastu Mama kol Ayah tanya nak kena isi borang ke apa ni. Ayah suruh tanya Pak Guard. Mama bagitau apa yang berlaku tadi. Mama tanya Ayah boleh ke nak tanya kat kaunter je sebab orang tak ramai. Ayah cakap ok.
Mama : Assalamualaikum..
Orang Bank : Wa'alaikumussalam...
Mama : Nak tanya, camne nak tunaikan cek ni? Nak kena isi borang ke apa? (kali ni soalan lebih jelas sambil menunjukkan cek jugak)
Orang Bank : Ni siapa sain ni? Siapa sain ni? Ni..ni..Tak boleh tunaikan ni sebab dia tak palang... (sambil menunjukkan sain pada cek tu)
Mama : Yalid Enterprise ni la yang sain. (sambil menunjukkan nama syarikat yang bagi cek tu)
Orang Bank : Tak boleh tunaikan ni. Kena masuk akaun.
Mama : Takpela, masuk akaun pun boleh.
Orang Bank : Ada akaun ke?
Mama : Ada la. Tapi kat Bank Islam. Kena gi Bank Islam la ye?
Orang Bank : Yela.. tak boleh tunaikan ni.. (sambil gelak2..geng sebelah dia pun gelak2 jugak)
Mama : Yang encik ketawakan saya ni kenapa? Jangan la ketawakan saya. Saya mana tau. (dah mula hot)
Orang Bank : Tak la..dah pukul 4 dah ni.. Nak balik dah.. )sambil terus gelak2)
Mama : (dalam hati --- pale hotak ko..ko keje sampai kul 4 ke?)
Mama : Bistu nape encik ketawakan saya?
Geng Orang Bank : Ok..ok..sorry..sorry.. Cek ni tak boleh tunaikan sebab nama PIBG. Kena masuk akaun. Kalau nama individu baru boleh tunaikan.
Mama : (dalam hati --- baru ko nak jelaskan setelah ko gelakkan aku kaw kaw punya?)
Mama : (terus berlalu sambil geleng2 kepala dan tak ucap terima kasih dan berkata) Boleh encik ketawakan saya...
Diorang masih ada sisa2 ketawa di bibir. Apa yang lawak sangat? Walaupun ada banyak kenangan pahit berurusan di kaunter, tak pernah la Mama kena gelak camni. Apa sebabnya diorang gelakkan Mama? Adakah sebab Mama taktau bahawa cek tersebut tak boleh ditunaikan? Atau sebab Mama ni kelihatan bodoh sebab taktau bahawa cek yang takde nama kita tak boleh ditunaikan oleh kita melainkan masuk akaun penama aje? Ke sebab apa?
Mama memang bengang gila dan terus kol Ayah menceritakan tragedi tersebut. Mentang2 la Mama ni perempuan kan, mungkin kelihatan macam bodoh2 aje sebab tak bergaya sakan kan, korang gelakkan aku ek.
Kalau Mama nak panjang2kan cerita, boleh aje Mama panggil pengurus diorang. Biarlah Mama tak dapat apa2 pun atau diorang nak setel sesama diorang pun asalkan Mama puas hati sebab orang atasan diorang tau sikap diorang di kaunter camne. Ke memang diorang dah dikenali suka bersikap begitu? Sebenarnya Mama tak pernah berurusan di Bank Muamalat. Inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir.
Mama juga tak sangka kali ini Mama berani bersuara. Mungkin kalau dulu2 masa zaman anak dara atau zaman belajar di U dulu Mama akan terus berlalu tanpa banyak soal lagi. Tapi kali ni Mama berani menyuarakan ketidakpuasan hati. Sebab Mama rasa mereka perlu menjawab pertanyaan Mama kerana Mama memang taktau sangat bab2 cek ni. Ianya bukan bidang kerja Mama. Itu bidang tugas mereka. Sepatutnya mereka memberikan kerjasama, bukan mentertawakan Mama sesuka hati dan memalukan Mama di depan semua orang. Dah alang Mama malu, Mama malukan mereka semula dengan sengaja cakap kuat2 biar semua di situ tau mereka sedang mentertawakan pelanggan mereka sendiri.
Anda pernah ada pengalaman pahit macam Mama? Jom kongsikan supaya kerani kaunter ni lebih bersopan dengan pelanggan...
8 comments:
kan dah tercemar name bank muamalat, ptut nyer awak pgil jer pengurus dier, bagi dier rase sikit. jenis tak makan saman tuh. aku dulu pernah nampak cam org bodoh dibuatnya kat org kat kaunter. kau tue teller jer, bukan akauntan pon.
mmg btol ckp shapoji,bru je duk kaunter da ek lbh..mmg ptt pggl manager dorg,kasi komplain kaw2 punya..biar ngn padan muka dorg,mmg kita x dpt ape2 yg penting puas hati..batu api plak sya ni..
kalo sya jd pat mama iman mmg geram sgt..mcm nak cepuk je..
eii..mmg geram ya amat2 geram..malas nak pjg2 citer je..lgpn masa tu saya sorg kan..tkt lak jd pape nanti..haha..penakut ada jgk..
sebenarnya time tu nak nangis dah tp kuatkan semangat dan hati..klo nangis lg la nampak lemah..diorang dah la laki kan..tunjuk cool dan berani jerk..
memang biasa tengok hal2 mcm tu terjadi..sebab itulah suami kpah tak bagi kpah buat urusan di kaunter ni..sbb kpah ni banyak tanya..silap2..mereka tak reti nak jawab..!!!tapi tak pe kalau kita jadi 'bodoh' sikit..sbb mmg kita tak tahu..tapi kalau sampai diketawakan..mesti lah hot...yg pastinya kpah mesti akan tanya..'kenapa kamu ketawakan akak??'
mama_iman ingat x sape nk teller tuh?... kuang ajo betul!.. patut kene baling ngan kasut tuh!!
kpah : mmg la kak..kita bukan keje tu..mana la nak reti..kalo kita keje tu silap2 aribulan tak keje la org tu..haha..
zar_ita : kalo jumpa lagi mmg cam mukanya..mmg kuang ajo..kang kata mentaliti rendah atau takde kesedaran sosial kang marah...
kak pegi je bank tu, tgk nama teller tu, lps tu complaint..haha. Rasakan!
memang ingat nak complaint jugak..siap nak ambik nama penuh diorang lagi..tunggu jela..ingat aku takut ke..
Post a Comment