♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, December 7, 2010

Cerita Cuti

Cuti Maal Hijrah kali ini sangat bermakna kerana Mama sekeluarga menghabiskan cuti kami di rumah Tok Abah. Juga bertambah manis dengan kepulangan Kak Aisyah dan Adik Aqil. Lama juga rasanya Mama tak bermalam di rumah Tok Abah lama2 camni.


Sejak Jumaat kami dah pulang ke rumah Tok Abah disebabkan jiran sebelah rumah mengadakan kenduri kahwin. Khemah didirikan betul2 di depan rumah. Kalau kami tak keluar awal2, tentu tersekat tak dapat keluarkan kereta.


Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan esok Rabu kami di rumah Tok Abah. Ahad kami sekeluarga ke Zoo Taiping membawa bebudak tecit tengok2 binatang. Sekaligus sambut besday Mak Njang. Seronok juga. Bagi Iman, ini kali kedua dia ke sana. Kan dulu dah pernah gi bersama keluarga sebelah Ayah. Ceritanya di SINI.


tunggu turn nak naik keretapi

Iman dan Kak Aisyah yang excited nak naik keretapi

terpaksa dukung sebab rajin sangat buat lawatan merata2

Mak Njang (besday girl), Achik Ana & Kak Aisyah

Kali ini kami naik keretapi. Sementara nak tunggu turn naik keretapi, Iman dah meronda sana meronda sini. Jenuh mengawal. Last2 Mama dukung walaupun rasa2 macam takut jugak nak dukung Iman sebab dah makin hantap. Tengok la aksi2 Iman. Tak diam seminit pun.

tengok la aksi si Iman

kat tiang pun boleh main cak cak

Seronok jugak walaupun dah kali kedua datang dalam masa terdekat kan. Mula2 Iman heran2 masa keretapi mula bergerak. Yela, ni kali pertama Iman naik keretapi. Dah lama2 sikit baru la dia mula tengok2 binatang. Iman pandai sebut zirafah, gajah, harimau, monyet, unta, burung. Kak Aisyah pun seronok bukan main. 

atas keretapi

Iman tak duduk dengan Mama sebab dayang2nya ramai. Lagipun tempat duduk Mama dan Ayah penuh dengan stroller Iman yang digunakan letak si bam bam Aqil. Oleh sebab itu, ambil kesempatan bergambar berdua la kan. Heheh...

ehem..ehem..nak interframe gak gambar berdua

Dah turun keretapi, tengok2 gajah pulak sebab kandang gajah dekat dengan tempat keretapi turunkan kami. Gajah pun sangat sporting hari itu sebab lepak betul2 dekat dengan jalan. Kebetulan ada lak pondok rehat kat situ kan. Mama yang konon2 larat sangat berjalan padahal tak larat sebenarnya duduk la kat situ bersama Tok Mama makan2 makaroni bakar yang dibawa bersama.

Lama jugak berada di situ, bawak Iman dan Kak Aisyah main kat playground lak. Punya la seronok Iman main. Yang menjaganya pulak yang keletihan. Lama pastu baru la gerak keluar. Makan2 KFC di Taman Tasik pulak. Balik rumah semua keletihan dan ketiduran. Hehe..

Tok Mama bersama Adik Aqil yang bam bam


Hari ini Kak Aisyah dan Adik Aqil dah pulang ke Melaka. Masa mereka nak bertolak, sayu je muka Iman. Hilang la kawan gaduh, kawan bagi selerak rumah, kawan main dia. Pas Kak Aisyah balik dia buat perangai nangis2 itu tak kena ini tak kena. Agaknya dia sedih tapi tak pandai nak bagitau.



Kak Aisyah lah satu2nya yang panggil Iman dengan nama hampir penuh iaitu "Ahmad Iman". Masa dah nak balik tadi Tok Mama ajar panggil nama penuh Iman, Kak Aisyah yang petah pandai sebut walaupun mula2 "Bukhari" jadi "Bukukawali"..hehe..


Itulah cerita ceriti kami sepanjang cuti ini...


Yang Ini Pun Best



2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

sikecik akak pun boleh penah sampai lagik ke zoo taiping. best gakkan kalo dpt bwk depa ke sana

mamaIMAN said... [Reply to comment]

betul kak..memang best..tambah2 kalo dah pandai cakap sikit2 dan faham cakap org tuh..diorang belajar dan kenal binatang2 tu..macam iman, dia memang ada buku binatang2..so bila tgk yg original punya dia dah kenal..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥