♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, December 20, 2010

Makan Besar Bersama Keluarga Besar

~Gambar baru upload..jom tengok...~

Malam tadi kami sekeluarga bersama keluarga besar Ayah makan besar di Juara Ikan Bakar. Kat area rumah kami aje. Menjadi sangat istimewa sebab ini adalah julung2 kalinya keluarga besar Ayah berkumpul dan makan2 di luar. Biasanya kami hanya makan2 besar di rumah saja disebabkan Atok & Nenek lebih selesa begitu. Mereka juga khuatir tak bersih macam makan di rumah.

Pak Long Iman a.k.a. abang sulung Ayah yang mencadangkan. Dia nak velanja lah.. Hehe.. Cadangan awal bukanlah di situ tapi disebabkan kedai yang selalu Mama dan Ayah makan tu tutup, kami gamble ajela kedai depan dia. 

Walaupun killer food dia adalah ikan bakar, tapi kami tak order atas sebab2 tertentu. Kami order tomyam campur, siakap sweet sour, rusa masak halia, puyuh goreng, telur bistik. Semua buat 3 hidang. Kan ramai. Hehe.. Air pulak jus tembikai laici.

Pak Long nak yang special. Alhamdulillah semalam semuanya special. Tempat makannya pun sangat special sebab ala2 wakaf siap boleh duduk bersila lagi. Bersih pulak tempatnya. Memang kena la dengan taste Atok & Nenek.

Paling gumbira tentulah si Iman. Awal2 lagi dia dah panjat meja dan jalan ke hulu ke hilir macam model sambil cakap "jalan...jalan...jalan..." Memang klako tapi dalam hati Mama & Ayahnya... grrrrr... tensi jerk... Hehe.. Main lompat2 la, panjat2 dinding la. Kang runtuh dinding tu kang nayo mak paknya kena bayo haih..

Lama2 air pun tiba. Dah mula mengamuk nak main ketul ais plak dah. Last2 untuk tak bagi bising bagi la jugak. Lepas seketul..seketul ais tu dimamahnya. Iman...Iman..  Mama dah taknak bagi dah sebab kan malam. Kang selsema ke batuk ke susah.

Acara makan2 pun bermula. Tapi Ayah kena bawak Iman jalan2 dulu bagi dia lupa pasal ais tadi. Lama sikit baru balik semula. Duduk2..ingatkan dah lupa rupanya dia ingat lagi. Last2 Mama bagi jela segelas ais tu kat Iman. Biar dia main. Aman sikit semorang nak makan. Basah tak kira la bajunya termasuk seluar Mamanya sebab dah terduduk atas ais yang Iman taburkan. Isk..

Selesai makan sembang2 dulu. Masa tu Iman dah tak berbaju sebab baju melayunya habis basah. Tak lama pastu kami pun gerak balik. Jam dah kul 11.30 malam. Hua hua hua.. Memang makan besar.

Dalam perjalanan Iman ketiduran. Kami tak singgah dah rumah Nenek. Hanya hantar penumpang aje dan terus balik rumah. Sampai2 rumah letak Iman dalam buai. Ngamuk2 sket. Biasa la dia kalau seronok sangat siang2 malam2 mula la menangis2 mengigau. Asyik2 sebut "taknak..taknak.." Apa yang taknak tah le..

Tak lama lepas Iman lena, Mama & Ayah pun tertidur kepenatan mengejar Iman...


Gambar baru upload..jom tengok...












Gambar masa makanan atas meja takde sebab Cik Taufiq Iman ambik video jerk semuanya.. Haha..


Yang Ini Pun Best



4 comments:

CaDLyNN said... [Reply to comment]

mmg best makan besar dgn family yg ramai~

Unknown said... [Reply to comment]

ya..mmg besh sgt dpt mkn beso rmai2,tp lg lh meriah ngn kenah bdk2..haih..saya kalo nak g mkn kt luar pk byk kali,anak2 saya mmg x dok diam..sume menda nak main..haih!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

betul tue..mkn reramai best sekali. bukan dpt mkn mcm tue selalukan? kalau selalu bOleh jugak. tapi kepala leh bOtak! hehehehe...

peel iman sama jerk dgn peel adam. dia sekarang hantu ais batu! tak tahu lah ikut perangai sape.

mamaiman said... [Reply to comment]

memang la best..tp kerenah anak buat mak paknya fenin..hehe..nsb bek la ramai leh tlg tgkkan..klo kami 3 org je mmg dah lama x makan d luar..selalu klo nak mkn luar beli bungkus mkn d umah jerk..ha nak tunggang tebalik pun takpe kt umah sendiri..hehe..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥