♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, January 27, 2011

Sebelum Ke Melaka...


Sebelum ke Melaka hantar Mak Njang Iman aritu, kami ke SMKA Kerian, sekolah Pak Su. Ada majlis kebitaraan murid PMR, SPM, STPM. Kira macam perjumpaan dengan parents la.

Kata Tok Abah, disebabkan Pak Su nak SPM tahun ni, kena gi la. Lagipun dah last dah. Hehe.. Untuk makluman semua, sekolah ni juga adalah sekolah Mama dulu. Tempat Mama kenal Ayah. Aww.. Hehe.. Kengkununnya kenal la padahal tak penah sembang pun. Bercakap sepatah apa pun tak pernah walaupun satu sekolah. Yela.. Ayah kan 'orang terkenal'.. Hehe... 

Ok, bukan nak cite pasal sejarah percintaan. Haha.. Berada di sekolah lama membuatkan Mama tengok sana tengok sini dan terimbau2 memori lama. Alah, bukannya memori dating ke hape. Memori bersama teman2 lama. Adakalanya terfikir Mama bertuah sebab masih berkesempatan ke sini sesekali berbanding kawan2 yang kebanyakannya memang dah lama tak jejak kaki ke sini.

Pada majlis tu, Tok Abah dan Tok Mama duk depan sekali. Hehe. Iman terjaga hanya bila dah masuk dalam kereta. So jawabnya mandi di sekolah Pak Su jela. Nasib la bekas sekolah Mamanya kan. Takde la tercangak2 sangat nak mencari tandas walaupun tersilap gi tandas lelaki. Haha..

budak hensem dah siap mandi wangi2...

Mama memang tak larat nak mengejar Iman. 2 minit pertama Iman duduk dengan tertib di atas riba Mama dalam dewan. Pastu dah nak pakai kasut nak berlari. Haha.. Nasiblah Ma Njang ada. Mak Njang la yang jaga Iman. Lagipun nanti mesti Mak Njang rindu dengan Iman.

dalam dewan..ambik gambar dari jauh aje...
ramai parents yang datang dari jauh dan dekat...




Lama jugak la ucapannya. Memula ucapan PK1, Cikgu Sam. Haha.. Itu panggilan kami masa sekolah dulu kat beliau. Dulu masa kami sekolah beliau belum jadik PK1 lagi. Beliau pernah ngajar Mama BM. Cikgu2 kat sini memang mantop sebab mereka ni kebanyakannya guru pakar dan pemeriksa kertas peperiksaan. So banyak la tips2 yang diturunkan masa kami nak SPM dulu.


Pastu ucapan Pengetua lak. Diorang ni baru dapat Pengetua baru. Ni kira macam suai kenal dengan Pengetua baru jugak la. Beliau dulu dari SM Integrasi Gopeng. Ustaz..sesuai la jadik Pengetua SMKA.. Hehe.. Rasanya semua Pengetua sini di kalangan Ustaz kot. Pengetua pertama sekolah ni, iaitu Pengetua masa Mama study dulu la, dah arwah dah. Ustaz Salahuddin namanya. Memang baik. Ayah penah masuk bilik Pengetua sebab tuuuuuuttt... hehe.. tapi dilepaskan camtu je.. Hehe..


Lepas ucapan Pengetua yang sejam 40 minit tu, baru la acara kemuncak iaitu bacaan ikrar pelajar. Seterusnya parents diminta menyematkan tag "Pelajar Cemerlang SPM 11A".. Wah..semangat gitu ek. Kata Pak Su kena pakai sentiasa sepanjang tahun ni di sekolah.


bacaan ikrar pelajar diketuai Ketua Pengawas






bermaafan..nanti jangan sakitkan hati Tok Mama lagi tau Pak Su
nak pekse ni...hehe..






ni yang paling mahal..
semat tag "Pelajar Cemerlang"...
lupa lak nak snap gambar tag tu..hehe..


Pastu makan time! Punya la ramai. Yang datang seribu lebih, makanan disediakan untuk 500 orang sajork. Haha.. Tapi disebabkan kami cepat la jugak, dapat la rasa jugak nasik minyak lauk ayam masak merah. Iman makan sikit je sebab dah ngantuk.

Habis makan, jumpa Ustazah lama, sembang2 jap then gerak ke Melaka. Iman ketiduran sepanjang jalan sebab penat main dengan Mak Njang. Tapi sampai Tapah aje, pastu tak tido dah sampai ke Melaka. Nanti Mama cerita detail dalam entri lain...




Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥