♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, January 28, 2011

Jadual Pembelian Shaklee

2011 terasa sangatlah sibuknya. Tapi Mama taklah terasa kepenatan seperti masa mengandungkan Iman dulu. Masa Iman dulu memang tak alah tapi dari start mengandung sampai bersalin memang badan rasa berat dan lesu saja. 




Mulanya Mama tak perasan sangat. Tapi makin lama makin sibuk dengan kerja, tapi alhamdulillah badan tetap bertahan walaupun mengandung. Mula la terfikir2, mungkin kesan Shaklee yang Mama ambil. Masa mula2 Mama consume Shaklee, Iman kecik lagi. Dalam 4 ke 5 bulan camtu.


Mula2 ambil memang terasa berbeza. Bertenaga, bersemangat, tak lesu, ceria. Tapi bila dah habis, malas nak beli mula la skip2 last2 tak makan dah selama lebih kurang 3 ke 4 bulan. Sampai la Mama mengandung semula, terasa perlukan suplement.


Dalam kepala memang tak fikir lain selain Shaklee sebab kesannya memang Mama dah rasa. Bila ada yang cakap "hanya yang dah rasa je tau", itu memang tepat. Kalau tak caya try la...


Sekarang ni memang Mama konsisten makan Shaklee saja. Untuk yang mengandung macam Mama ni perlu ambil :



  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C
  • OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard
  • ESP (terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga)
(kredit to Kak Cery)

Sebelum mengandung Mama ok jerk bila telan semua vitamin di atas, tapi bila mengandung ni..aduhaii..rasa cam nak muntahkan balik je..loya la tak sedap tekak la..macam2..

Tapi alhamdulillah cuma tika trimester pertama saja. Masuk je trimester kedua, semakin kurang. Sesekali jadi jugak tapi taklah seteruk trimester pertama dulu.

Untuk maklumat tambahan, Omega Guard hanya mula Mama makan bila masuk trimester kedua. Ini penting untuk perkembangan otak bayi. Otak Mamanya sekali la ye. Hehe...

Oleh kerana sepanjang masa mengandung ni Mama perlu consume vitamin, dan of course la akan continue selepas bersalin juga, maka Mama dah buat jadual bila Mama nak kena beli vitamin daripada Kak N. Hehe.. 

Jadual ni hanya sebagai reminder sebab Mama pun adakalanya pening nak beli yang mana, yang nama apa, yang warna apa. Maklum la, bukannya farmasist kan... Hehe...

Inilah jadual ringkas untuk panduan Mama. Tujuan Mama buat jadual pembelian ini adalah :

  • Nanti senang la Mama buat rujukan bila dah masuk bulan seperti dalam jadual. Tapi jadual ni Mama buat sampai Jun saja iaitu sampai due Mama saja. Insya-Allah jika berkesempatan Mama akan buat jadual untuk selepas pantang pula. Masa dalam pantang Mama dah buat keputusan nak consume set berpantang Shaklee saja...
  • Memudahkan Mama bajet kewangan setiap bulan untuk suplement...
  • Meyakinkan diri sendiri (dan mungkin pembaca semua) bahawa takdelah banyak mana pun kita perlu habiskan untuk vitamin.. Bukan setiap bulan pun nak beli semua jenis. Ada jenis2 tertentu saja.. Contohnya kalsium. Itupun sebab masa mengandung perlu ambil dos lebih...

Jadual pembelian Shaklee hingga bersalin (Jun 2011) :

  • Kalsium (setiap bulan = RM49 X 5 bulan) = RM245
  • Omega (bulan April = RM109 X 1 bulan) = RM109
  • B-Complex (bulan Mei = RM43 X 1 bulan) = RM43
  • Vita-lea (bulan Mei = RM71 X 1 bulan) = RM71
  • JUMLAH KESELURUHAN = RM468
Banyak ke tak RM468? Memanglah kedengarannya agak banyak. Tapi perlu diingat kita bukan keluarkan segedebuk RM468 tu kan. Mama dah tulis siap2 bulan berapa kena beli. Cara Mama tetapkan bulan tu adalah dengan mengira bilangan yang perlu diambil seharian.

Contohnya Kalsium kena ambil 4 biji sehari. 1 botol ada 120 biji. 120 biji bahagi 4 biji = 30 hari. Maknanya 1 botol tahan 30 hari je. Sebab tu setiap bulan kena beli. Nasib baik murah... Hehe...

Oklah..rasanya ni entri terpanjang Mama taip di celah2 kesibukan ni. Ni pun break kejap sebab penat wat keje. Hehe.. Ok, nak sambung kerja semula... Di lain masa Mama cerita lagi ye...





Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥