♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, February 2, 2011

Cerita Ipoh

Haritu Mama ke Ipoh bersama Ayah. Menziarahi anak seorang rakan di Hospital Tuanku Bainun. Sedih melihat keadaan adik Insyirah Humaira akibat kecuaian pengasuhnya di taska. Beliau terkena sup panas dan 40% bahagian badannya melecur.


Bayangkanlah kanak-kanak berumur 2 tahun lebih terkena sup panas dan melecur sebahagian badan. Bayangkanlah perasaan ibu bapanya bila mendapat berita anak dalam jagaan kemalangan camni. Masa kami sampai, nurse baru nak cuci luka dan nak tukar balutannya. Menjerit2 kesakitan Insyirah. Mama yang dengar dari luar ni tersayat rasa hati. Rasa cam tanak masuk tengok je sebab risau nanti Mama menangis, menambah kesedihan ibunya pula.


Lama jugak nak cuci dan nak tukar balutan tu. Lama2 Mama pun dah ok sikit. Huh, emosi.. Mau tak emosi nengok bebudak luka camtu.. ;(


Pastu Mama masuk ziarah Insyirah. Cuma bersama Mamanya saja. Abahnya balik rumah bersihkan diri dan rehat kot. Tukar giliran. Mama takde la snap gambar Insyirah, bimbang disalah erti oleh Mamanya pula. Tambahan pula Mama pun baru je kenal sebab mereka ni kawan Ayah sebenarnya.


Lepas melawat kami solat maghrib di masjid hospital. Pastu kami gi makan. Special sikit makan malam ni. Haha... Jom tengok menu yang sempat Mama snap...


ni paling special..
apa ek namanya..ni satu set ni..
4 orang makan pun dah macam ikan buntal..haha..

chicken chop ni Mama punya..
ada buah tembikai tapi Mama dah ngap dulu..haha..

lamb chop Ayah punya..

Semuanya sedap2... Kuahnya campur 3 rasa.. Memang terbaik.. Kalau nengok kedainya biasa aje tapi menunya..fuh, besttt... Nanti bila2 turun Ipoh nak try lagi la.. Hehe.. Bila la tu ek...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥