♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, February 2, 2011

Iman Bukhari Mama ; )


Eh..eh.. Rasanya dah lama Mama tak bercerita pasal anak Mama yang sorang ni kan. Sibuk bercerita pasal aktiviti seharian, aktiviti cuti2 mesia, promosi bisnes.. lupa rupanya dah lama Mama tak update kisah Iman Bukhari.

Jumaat ni Iman genap 1 tahun 8 bulan. Pejam celik pejam celik dah dekat 2 tahun anak Mama. Dah besar, dah bijak bercakap, boleh la kalo nak wat kawan sembang atau nak suruh ambil apa2 bila Mamanya malas nak bangun.. Haha...


Terbaru Iman suka berlakon. Mama mula2 perasan dia suka berlakon bila dia ambil telefon Ayah yang sedang dicas pastu sembang macam ada orang di talian. Haha.. Memang kelakar la Iman ni..

"helo..ha..ha..ape?..ha..ha.."

Gitu la lebih kurang ayatnya diulang2 banyak kali. Mama senyum sorang2 je masa tengok dia berlakon camtu. Kalao tengok cermin dia seolah2 dah pandai fikir "sape kat dalam ni? apsal dia punya pergerakan sama dgn aku?"..

Kalo depan cermin dia akan angkat tangan kanan, angkat tangan kiri, pastu "babai..babai..".. Kalo bab bercakap memang geram dengan Iman ni. Pandai sangat padahal tak ajar pun. Mungkin dia memerhati persekitarannya, belajar dan praktikkan...


Gambar2 Iman yang Mama upload ni adalah yang terbaru. Masa ni kat rumah Tok Abah. Achik Anna nak snap gambar cover buku untuk dimasukkan dalam fb, dia pun sibuk nak interframe.. Hehe..


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥