♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, February 10, 2011

I Am A SuperWOMAN Anda A SuperMOM

I Am A SuperWOMAN Anda A SuperMOM




Kenapa Mama cakap camtu? Semalam dan hari ini adalah terasa sangat begitu ye. Eh, faham tak ayatku ini? Hehe...


Rasanya pusingan jam berlari laju dan tiba2 baru Mama sedar bahawa dah beberapa hari Mama tak bebetul berehat.


-Mama, kena ingat diri itu mengandung dan jangan buat diri macam orang yang tak mengandung malah lebih lagi dari orang yang tak mengandung..- 


Selalu Mama ingatkan diri begitu. Tapi bila tiba ketika2nya Mama tak boleh nak memberi komitmen sebegitu kepada diri sendiri. Mungkin kerana diri ini sekarang bergelar seorang isteri, Mama, anak, guru.. Terlalu banyak perlu difikirkan, terlalu banyak nak dilakukan, terlalu banyak nak dikejarkan.. Adoi..lelah...


Start Rabu, pagi ke sekolah. Hari Rabu, Khamis dan Jumaat jadual waktu adalah full dan berderet2. Kijam... :( Balik adalah pukul 2 sebab kena setelkan bahan2 nak digunakan semasa aktiviti kokurikulum petang nanti.


Ambik Iman, terus balik rumah. Mandi dengan Iman, solat dengan Iman, packing2 baju, pampers, tuala dan susu Iman pastu terus berdesup ke sekolah balik untuk aktiviti kokurikulum. Minggu depan adalah minggu sambutan Maulidur Rasul 1432H dengan tema 1 Malaysia 1 Ummah. So start minggu ni Panitia PAI adalah amat sibuk dan terkejar2 ke hulu ke hilir serta asyik2 la mengadap laptop bila ada masa terluang hatta 10 minit pun mencari bahan2 untuk minggu depan.


Oleh kerana program ini adalah program panitia kami, so kami yang 4 kerat ni la yang kena in charge. Petang tu nasib baik la semuanya berjalan lancar. Iman siap berak lagi. Haduih, Iman ni kalau ke sekolah Mama musti nak membuang. Haha.. Kali ni Mama bagi pakai pampers pakai buang sebab senang terus buang jerk. Aritu Mama bagi pakai cd, adoyai..kena la mendobi pulak di sekolah sendiri. Haha...


Setel semua, Mama dan Iman singgah rumah Tok Mama nak bagi senarai tempahan pembalut buku kain. Nak tempah klik SINI.


Pastu Tok Mama mintak tolong bawak gi beli peralatan nak buat pembalut tu yang dah habis. Cepat2 solat Asar, pastu terus keluar. Masa tu Iman dah ngantuk sebab pagi tadi je tidur di rumah Opah pastu dah tak tido2 lagi. Tapi sian lak nak tinggal kat Tok Abah. So bawak la...


Kami hanya pergi beli peralatan Tok Mama pastu pergi beli kain yang orang request. 2 tempat aje. Tapi lama di kedai peralatan menjahit sebab orang adalah ramai. Jenuh menunggu. Iman dah comot2 dan dah tanak duk diam dah. Bukan kata Iman, Mamanya pun dah berfeluh2 kefanasan ya amat di kedai itu menanti dengan sabarnya.


Masuk kereta pas beli kain di Nagoya, Iman terus buat perangai nak duk dengan Mama. Camne, Mama nak drive ni sayang. Sayu jugak hatiku ini melihat anakanda terjerit2 dengan hingus dan baju yang comot2 dengan peluh itu. Bagi air tanak, Tok Mama pujuk2 jugak la.


Sampai taman Tok Mama singgah kedai runcit sekejap Tok Mama nak beli barang. Masa tula Mama ambik Iman, riba dia dan cuba nak capai botol air di kerusi belakang tapi tak sampai. Last2 Mama bersihkan hingus, airmata dan peluh2 Iman, dakap Iman dan nenenkan Iman walaupun susu dah takde pun sebenarnya.


Terus Iman pejam mata dan tertidur walaupun sesekali merengek jugak sambil tersedu2 baki menangis tadi. Mama ni dah kerut2 muka menahan sakit bila Iman nenen yang takde susu. Sakit woo.. Mungkin jugak sebab Mama mengandung, so kulit di bahagian itu jadi semakin sensitif.


Bila Tok Mama selesai membeli, Mama letakkan Iman di car seat dia di sebelah Mama. Nangis jugak sikit2. Bagi botol terus tertidur semula. Air cond ni memang dah on yang paling kuat la sebab cuaca adalah sangat panas ok.


Sempat order burger untuk Mama dan Ayah makan malam ni, hantar Tok Mama terus balik rumah cecepat sebelum Iman terjaga dan nak duduk atas riba Mamanya yang sedang drive ini.


Sampai2 rumah Ayah baru bangun tidur. Katanya mengantuk dan penat sangat. Mama agak malam ni Ayah tak keluar biz la kot sebab penat. Pastu Mama mandi, bersihkan diri, solat dan makan burger beli tadi. Cadang2 nak masak tapi terfikir ayat di atas tadi, pujuk2 diri untuk berehat pula setelah seharian membelasah badan. Haha...


Pas solat maghrib Ayah sambung tidur balik. Mama basuh kain, jemur kain di luar, tengok2 sikit urusan biz di laptop. Pastu angkat Iman dari buaian, tukar pampers dan bagi pakai baju, susukan Iman dan pujuk2 dia tidur semula sambil Mama pun nak rehatkan diri setelah seharian kepenatan dengan aktiviti padat.


Dan pagi tadi Mama bangun lewat. Haha.. Penat sangat... Arini perjuangan bersambung kembali bila sebelah petangnya Mama kena gi mesyuarat PPIM pulak dah. Iman Mama tinggalkan di rumah Nenek. Balik mesyuarat Mama jemput Iman tapi Iman taknak balik lagi sebab seronok main dengan Cik Ikahnya. Takpela, boleh la Mama rehat sekejap. Ayah pula takde sebab bertugas Imam di pejabatnya.


So malam ni cadang2nya nak update stok cloth diapers yang baru sampai di blog dan facebook. Insya-Allah...


Go Mama Go!


Yang Ini Pun Best



1 comments:

BIONIC WOMEN said... [Reply to comment]

setiap ibu adalah super mom, setiap isteri dan pompuan adalah superwoman. biarpun kita hanya surirumah kita tetap tidak akan berhenti bergerak dan berkerja...

being a mother is a 24hours, 7 days working time w/o weekend, annual leaves, or MC.hehee

go mama go

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥