♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, February 17, 2011

Iman & Duri

Alhamdulillah... Untungnya kami sekeluarga ada dusun durian. Orang lain sanggup berhabisan sampai ratusan ringgit gara2 teringin nak makan durian yang memang mahal sekarang, kami kerap jugak makan durian free dari dusun sendiri. Rezeki Allah... ;)

Iman memang suka durian. Tapi bukan suka makan. Iman suka tengok Tok Abah belah durian. Sebenarnya teringin nak main duri durian yang memang la nampak cantik jerk di matanya tapi taktau bahana kalau nak main durinya.

Sampai la semalam di rumah Tok Abah, Iman kan suka durian. So dia sengaja main2 tepi 3 biji buah durian. Sebelah durian tu pulak ada motor. Mama pun taktau situasi sebenarnya macamana sebab Mama tak ada di situ masa kejadian, tapi menurut Tok Abah Iman terlanggar motor (bukan motor langgar dia..haha..) pastu terjatuh atas buah durian!

Bayangkan Iman jatuh atas durian camne! Dah la buah durian yang bertuah tu durinya adalah daripada jenis yang sangat tajam. Untuk pengetahuan semua, durian ni walaupun semuanya berduri tapi jenis durinya adalah berlainan bagi setiap jenis durian. Ada yang tak tajam sangat dan pendek2, ada yang duri tegak2, ada yang duri tirus dan tajam, ada yang bengkok dan macam2 lagi.

Kalau tanya Mama memang tak reti la nak membezakannya. Tok Abah cekap la. Kesian Iman. Lepas terkena duri tu terus meragam. Duk cakap sakit.. sakit.. sakit.. Orang kan dah pandai bercakap kan..

Tok Mama letak minyak belut lagi la menjerit2. Banyak jugak calar2 dan kulit yang terkoyak sikit. Kulit Iman kan halus lagi. Memang la mudah terluka. Pastu Tok Abah letak getah daripada biji durian. Petua orang tua2 getah bijinya adalah penawar kalau terkena duri durian.

bengkak pada kesan calar..


Masa memula kena tu memang bengkak kat calar2 tu. Macam kena rotan je. Hehe.. Iman pandai tunjuk sakitnya di mana. Terus Mama snap gambar untuk kenangan Iman bila dia dewasa kelak. Kali pertama terkena duri durian. Dasyat betul Iman ni, belum 2 tahun lagi dah kena duri durian seteruk ini.

Tapi kejap aja bengkaknya. Tak lama pastu bengkak pun surut. Dah boleh main balik dah. Tapi kadang2 mengadu jugak sakit. Bila mandi, nak pakai baju ada jugak Iman cakap sakit. Tapi tak la seteruk masa mula2 kena.

Dah ok sikit, mula nak main balik duri durian tu. Aik, lupa ke tadi awak menjerit2 sakit kena duri durian, ni dah nak main balik.

bengkak dah surut
tinggal calar sikit2 je lagi...


Hari ni Mama tengok dah kurang banyak dah. Rasanya Iman dah tak sakit sebab dah takde mengadu lagi dah. Pagi tadi Mama terlupa nak bagitau Opah pengasuh Iman semalam Iman terkena duri durian. Tentu Opah tertanya2 kena apa la tangan si Iman ni. Takpe la, esok kalau ingat Mama bagitau la.


Iman.. Iman.. ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥