♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, February 17, 2011

Malamku Berbunga Bersamamu

Mama sedih la. Sedih sangat2. Kerana hal seremeh itu pun boleh masam muka. Dah la jarang2 ada masa bersama, sesekali bersama nak bermasam muka pula.


Untuk merawat hati Mama yang lara ini, Mama nak cerita pasal anakanda buah hati pengarang jantung Mama. Malam tadi Mama lipat kain. Biasa la, Mama kan ada pembantu peribadi sekarang ni. Pantang la Mama pegang apa2 dia pun nak pegang.


Dah la tu, kain tak berlipat tanak. Nak kain yang dah berlipat. Mungkin Iman tengok cantik je susun macam menara, itu yang lagi best nak main. Hehe.. 


Yang merimaskan Mama tapi terpaksa la menahannya, Iman letak semua mainan dia betul2 depan Mama. Kereta la, bajak la, macam2 semua diangkutnya. Bistu camne Mama nak melipat kain ni. Kena la lipat atas riba. Adoyai Iman ni..


Malam tadi jugak Iman ada aksi baru. Dah besar katanya kan. Dah berani buat macam2 aksi la ye anak Mama ni. Jom kita tengok aksi apakah agaknya itu... Sebelum itu, sila abaikan kain2 yang berterabur itu ye... :)


aksi berdiri di atas kerata..hua hua hua...
masa ni takut2 lagi sebab baru nak try

ok, dah berani sikit...
senyum tak berapa ikhlas lagi sebab dok kontrol kaki.. ;)

ini adalah aksi berani Iman...
senyum dah lebar sket dah...

wahh.. siap babai2 lagi tu ha.. ;)

ini aksi babai pakai kopiah pulak.. ;)


Itulah penawar duka lara Mama. Duk sibuk2 lipat kain pun terhibur dengan keletah dan kerenah anak. Mana la boleh nak pisah dengan Iman bila mengenangkan saat2 manis camni yang akan Mama ketinggalan jika berjauhan dengan Iman... ;(



Sekarang ni Mama ada azam baru. Taktau la bertahan sampai bila kan. Hehe.. Harap2nya bertahanlah sampai bila2. Mama dah tanak simpan stok kain tak berlipat sampai menggunung tinggi, sampai bila nak pakai terpaksa tertonggek2 mencari.. Haha..

Seminggu yang lalu Mama terget dalam masa seminggu ni, Mama akan lipat terus kain yang baru diangkat dari jemuran. Sebab bila sekali basuh punya stok tentulah tak banyak sangat sampai sakit2 pinggang nak melipatnya kan. Mama target seminggu jela dulu. Alhamdulillah berjaya seminggu ni. Nak try lagi seminggu. Insya-Allah nak cuba berubah la sikit2 ke arah yang lebih baik kan.

Lagipun malu la bila orang datang rumah tengok stok baju tak berlipat menimbun camtu. Terutamanya bila family Ayah datang la sebab mereka ni memang jenis over rajin. So adalah menjadi sesuatu yang memalukan bila kain baju adalah tidak berlipat dan menunjukkan diri ini adalah malas. Haha..

Lagi satu bab menyapu sawang rumah. Adoi..amatlah keberatan melakukan itu ye. Memula berazam nak rajin lipat kain baju dulu. Bulan Mac punya azam baru nak rajin menyapu sawang lak kot. Nga nga nga.. Satu bulan satu azam ye.. Insya-Allah... ;)



Yang Ini Pun Best



2 comments:

Ummi Zayda said... [Reply to comment]

eh..mama iman,rupanya sya ni ada geng la..mmg mls nak melipat kain..salu kumpul..dan sma gak ngn mama,tanam azam slps angkt je dr jemuran trus lipat..so far,mmg jadik..minta2 la brtahan..jgn lps ni trus kumbah kt dlm bby court..itu la port yg baik kain2 yg x dilipat dikumpul..pehtu,jenuh la mencari kain ngn pasangannya..lg2 baju2 si bdk2 n..ekekeke...

mamaiman said... [Reply to comment]

yeke ummi zayda..
biasala tu, time nak mencari tu mmg leceh..dah la buang masa, sakit pinggang lak mencari sampai kdg2 kat bawah sekali baru jumpa..haha..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥