Uwaa...rasa nak jerit..rasa nak nanges..tensen sumer ada.. Geram dengan anak teruna Mama ni tau.. Nak marah sangat pun kecik lagi. Bukannya dia tau apa2 pun. Tau main aje tanpa tau kebaikan atau keburukan di sebalik sesuatu tindakan itu.
Tapi bila menahan sengsorang dalam hati, hati rasa bengkak je. Tapi bila malam2 tengok dia tidur kesian pulak bila marah2 dia siang tadi. Sayu pulak tengok wajah mulus tanpa dosa milik anakandaku itu. Aduh, inilah dia rasa hati seorang Mama. Camtu la mak ayah kita rasa masa kita buat perangai masa kecik2 dulu kan.
Tengoklah apa dah jadi dengan rumah kami. Ini semua kerja si Iman Bukhari. Aduyai..
kertas dinding yang masih selamat
dah tak selamat dah dikerjakan Iman
inilah dia cebisan kertas dinding yang Iman koyakkan
Apa la yang Mama dan Ayah nak bagitau tuan rumah ni nanti. Haha.. Sekarang ni lagi banyak yang Iman koyak. Mungkin salah Mama jugak sebab letak sofa kat dinding. Sebelum ni sofa memang jauh dari dinding. Iman tak sampai nak koyak kertas dinding tu. Mencacatkan penglihatan betul la...
Bila terasa tensen dengan anak, selalu Mama sabarkan diri dengan berkata dalam hati, "Camni la Mama dan Abah menangani kerenahku masa kecik dulu. So aku kena la lebih sabar menghadapinya"
Adakalanya tak sabar juga. Kesian jugak bila tengah marah2 tu Iman menangis2 sambil cakap "nak Mama... nak Mama..." sambil cuba nak pegang tangan Mama dan nak peluk Mama. Mana tak sedih tengok anak camtu. Tapi adakalanya perlu menahan hati untuk memberi pengajaran kepada anak dan untuk sampaikan mesej padanya bahawa Mama takkan bagi muka kalau Iman buat salah.
Tapi tak lama pastu Mama peluk, dakap, cium2 Iman balik la. Serta-merta tangisan Iman akan berhenti bila Mama dah cool dan peluk dia. Pastu dia buat balik perangai. Hahaha... Iman..Iman.. ;)
2 comments:
hehehe sabaaa je la mama kan iman? :P
iye..mmg kena byk2 sabar bila dah jadi mama ni... ;)
Post a Comment