Semalam Abah Long Iman (abang sulung Mama) balik bawak anak dan isterinya yang baru lepas pantang. Balik sekolah sempat la jumpa sekejap sebelum Mama dan Iman gerak balik rumah kami. Malam ni Ayah ada bacaan yassin dan tahlil di pejabatnya seperti biasa.
Muka Iman ketara berubah bila Tok Abah riba dan dukung Muaz (sepupunya, anak abang Mama). Muaz sebaya dengan Iman, cuma Muaz muda beberapa bulan.
Muaz demam campak. Habis merah2 seluruh badan. Makin lama makin banyak bintik2 macam kena gigit nyamuk tu naik. Last2 bersambung semua bintik2 tu sampai jadi tompokan merah besar di seluruh badan Muaz. Muaz tak selesa, merengek2 aje.
Petang tu Abah Muaz dan Tok Mama bawak Muaz gi klinik. Dalam masa yang sama Mama dan Iman gerak balik rumah kami. Tok Abah jaga Mak Muaz dan adik Hakim di rumah.
Abdul Hakim Murad
Lebih kurang jam 4.00 petang Mama dan Iman sampai rumah. Iman punya la comot, main kat rumah Tok Abah tadi. Mama mandikan Iman, bagi susu, masuk buai, dodoikan Iman, dekat2 kul 5 baru Iman tidur.
Iman dah tidur, Mama cadang nak masak. Baru nak start, Ayah pun balik. Last2 goreng nasik jela... Lebih kurang jam 6.30 petang Ayah dah bertolak ke ofisnya. Iman masih tidur. Dekat kul 8 baru Iman bangun.
Sempat la Mama mengemas bilik tengah yang juga merupakan bilik baju kami sekeluarga. Hamparkan tikar baru. Hehe.. Sebenarnya mengemas dan memasak bukanlah susah mana. Tapi bila terpaksa bekerja bersama 'pembantu' yang 'membantu' menambahkan kerja Mama, tahap kepenatannya adalah lebih. Haha..
1 comments:
ada pembantu kecil memang macam tu....hehehhe...
New Entry: Heel: Harus aku cerewet
Post a Comment