Sebenarnya entri ini cadangnya nak publish pagi tadi. Disebabkan kesibukan melanda, ditambah lagi dengan ada check up Iman Junior petang tadi, so entri ini terpaksa publish malam ini.
Semalam adalah 'hari kain' ye.. Semua aktiviti adalah melibatkan kain. Start balik sekolah Mama dah mula mendobi baju kotor yang bertimbun, ditambah dengan CD Iman yang bertimbun jugak.
Pastu malam pas solat Isyak aktiviti melipat kain baju yang menggunung. Yang boleh jadi menggunung sebab minggu ni Mama tak berapa sihat. So bila masuk je bilik baju, hanya mampu tengok dan kumpulkan semua baju dalam bakul besar je.
Kan azam baru aritu dah tanak kumpul2 stok baju tak berlipat kan. Tapi minggu ni memang betul2 tak larat nak melipat walau sehelai kain pun. Biasanya kalau tak larat sangat pun Mama akan cuba lipat sekurang2nya semua kain pelikat, kain batik, baju tidur Mama, kain lampin Iman, tuala mandi Iman atau cadar.
Tapi minggu ni memang tak larat. Setiap malam terfikir nak ambik mc keesokan harinya, tapi bila pagi rasa macam boleh gagahkan diri ke tempat kerja. Sampai la hari ni, masih bertahan lagi...
Kain baju yang berlonggok tu malas la Mama nak snap gambarnya kan. Hanya yang Mama nak tunjuk kat sini adalah timbunan CD Iman yang tak berlipat. Haha.. Jenuh nak melipatnya sebab CD kan kena masukkan insert kat dalam poketnya, pastu nak kena betul2kan jangan berkedut2 kat dalam, pastu nak butangkan pulak kan. So melipat CD adalah sedikit renyah bila dah bertimbun cenggini ye... ;)
timbunan CD Iman yang belum berlipat
pandangan dari sisi pulak
Tapi kan, entah mengapa... walaupun melipat CD adalah sedikit leceh, tapi Mama sangat suka melipat CD Iman. Biasanya kalau aktiviti melipat kain bermula, Mama akan lipat pakaian Mama dan Ayah dulu, pastu pakaian Iman. Last sekali baru la CD. Sebab CD kan memerlukan suasana tenang dan releks nak lipat kan.. Kalau tak habis pun boleh sambung esok kan... ;) Kalau baju2 lain tu Mama suka lipat bagi siap semua tanpa kena tangguh2 sebab rasa tak puas bila kerja tak selesai...
CD Iman
Inilah dia CD Iman yang dah siap berlipat. Stok cenggini banyak Mama boleh kumpul tak lipat. Haha.. Nak wat camne dah tak sihat kan. Nanti kalau adik dah kuar mesti lagi banyak CD nak kena lipat kan. Semua CD ni Mama dah ubah settingnya kepada saiz M sebab Iman dah tak berapa fit dengan saiz S.
Kat bawah ni Mama share gambar bakul mengisi pakaian tak berlipat keluarga kami. Besaaaaarrrr kan? Boleh muat baaaaanyak baju. Haha.. Tapi sekarang ni Mama dah taknak simpan2 stok banyak2 sangat sebab dah makin tak larat nak duduk melipat kain banyak2. Sakit belakang...
bakul baju tak berlipat
Selesai melipat kain baju, aktiviti menyidai kain yang basuh petang tadi pulak. Kebetulan Iman tidur awal malam semalam, senang dan cepat sikit la kerja Mama. Biasanya Mama sidai kat dapur dulu, esok pagi baru keluarkan sidai di luar pulak.
Dah siap semua, baru la senang hati sikit tengok bilik baju dah clear kan. Tapi hari ni dah penuh balik bakul tu dengan baju yang disidai pagi tadi. Kena cepat2 lipat supaya tak bertimbun2 dengan trip baju akan datang... ;)
Hari semalam semuanya adalah berkaitan dengan kain kan... ;)
0 comments:
Post a Comment