Tapi hari ini Mama terbaca iklan tentang jelajah blog yang akan dijalankan oleh Ben Ashaari. Yang membuatkan Mama teruja nak join ialah kerana kali ini jelajah beliau akan dijalankan ke atas blog2 insan bergelar IBU!
Oleh kerana merasakan diri ini cukup syarat.. ecewah.. maka Mama dengan berbesar hati nak join. Kalau ada rezeki Ben Ashaari review blog tak seberapa Mama ni, alangkah bestnya kan... Mama turut menantikan komen2 daripada blogger2 lain juga tentang blog Mama ini. Kalau ada yang sudilah kan... ;)
nak join sila klik SINI
Tugasan yang perlu dilakukan ialah :
1) Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda
Tuan punya blog ini merupakan seorang wanita bergelar isteri kepada suami yang dicintai dan Mama kepada seorang putera comel bernama Ahmad Iman Bukhari. Bakal menimang cahaya mata kedua insya-Allah pada Jun tahun ini.
Senang membahasakan diri sebagai Mama Iman di dalam blog ini kerana ianya menggambarkan betapa berbangganya diri ini bergelar Mama.
Merupakan seorang pendidik yang berusaha mendidik anak bangsa ilmu agama untuk dijadikan bekalan bukan saja di dalam dunia pendidikan malah juga di dunia dan di akhirat.
2) Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
Jika nak dilakarkan kenangan manis bergelar ibu, memang tak terlakar rasanya kerana terlalu banyak kenangan manis menjadi seorang ibu.
Paling manis adalah tika detik pertama mendengar tangisannya. Mengalir jua airmata seorang ibu menikmati saat2 indah itu. Tak tergambar perasaan tika itu. Terasa ingin mengulanginya semula. Tak sabar menanti detik itu buat kali kedua Jun ini.
Jua masih terasa manisnya saat kali pertama menatap wajah insan yang selama ini dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu. Aduh.. tiba2 rasa sebak mengenang detik itu... ;)
Ceritanya di SINI, SINI dan SINI...
3) Kenangan pahit anda
Owh.. nak cerita kenangan pahit, rasanya takdelah banyak sangat yang pahit berbanding manis. Kalau ada pun, sudah dilupakan. Ada antaranya yang Mama coretkan di sini adalah ketika duit Mama dalam akaun Maybank yang baru je dibuka tak sampai sebulan lesap kena kebas dek kerana pishing emel.
Mungkin kecuaian Mama. Mungkin juga dek kekurangan ilmu tentang penipuan internet ni. RM1000 jugak la lesap. Menangis tak berlagu je la...
Ceritanya ada di SINI.
4) Kata-kata khas buat si suami...
Sebuah puisi tercipta istimewa buatnya lama dulu... Puisi yang sangat bermakna dan terkesan di hati buat suamiku yang tercinta...
Lihat di mataku…
Sinaran cintaku terpancar untukmu
Tiada terpadam
Tidakkah kau tahu?
Renung di hatiku...
Adakah terlihat selain dirimu
Tidakkah terasa teguh kesetiaanku
Cintaku hanya satu
Cinta kita…
Manis dalam derita
Pengorbanan dan air mata
Adalah harga untuk bahagia
Cinta adalah di hati…
Selamanya tak mungkin berganti
Biar menanti hingga akhir nanti
Walau hidup terhenti
Bukan persandingan...
Menjadi ukuran nilainya cinta
Tetapi kejujuran dipagari setia
Walau tiada istana...
Yang terbina untuk kita
Selama cintamu cintaku terpadu setia
Kita kan tetap bersama…
5) Jika ada anak, apakah nasihat anda kepadanya dan juga anak-anak yang berada di luar sana
Istimewa buat anak-anak Mama... Abang dan Adik...
juga buat insan2 bergelar 'anak'...
Sesungguhnya kalian adalah permata
menyinari dan menerangi hati Mama
dalam suka dan duka
sentiasa mampu membuat Mama tersenyum
walau tika lelah atau parah
Sesungguhnya kalian adalah mutiara
bersinar cemerlang sentiasa
Sesungguhnya kalian adalah cahaya
di dalam sinar atau gelita
Sesungguhnya Mama sangat berbahagia
diberi peluang bergelar 'Mama'
buat anakanda-anakanda yang comel dan bijaksana
sentiasa membuat Mama bangga
kerana melahirkan kalian daripada rahim ini
Sesungguhnya kalian adalah anugerah
tiada nilai dapat mentafsirkannya
amanah Allah buat Mama
Doa Mama selalu dalam setiap sujud dan doa
moga kalian membesar menjadi insan berguna
hamba-Nya yang soleh dan solehah
mentaati-Nya serta Mama Ayah
insan cemerlang dunia akhirat
Tiada apa yang mampu Mama korbankan
hanyalah nyawa ketika memberi kalian peluang melihat dunia
hanyalah doa seorang Mama yang sentiasa menginginkan
anakanda-anakandanya berjaya di dunia dan akhirat
hanyalah susu yang mengalir daripada tubuh Mama
dengan iringan doa moga ia menjadi darah daging terbaik untuk kalian
Tika kalian kecil
setiap malam berada dalam dakapan Mama
pantang Mama hilang dari mata
mulalah tidak keruan dan resah gelisah terasa
Mama juga tidak betah
bila berjauhan dengan kalian
begitulah eratnya kasih sayang antara kita
Mungkin di satu masa nanti
walau berat walau payah
Mama terpaksa juga melepaskan kalian
mungkin di satu ketika nanti
bukan Mama lagi yang menjadi teman tidur kalian
bukan Mama lagi yang akan mendakap kalian
namun ketahuilah bahawa kasih sayang dan cinta Mama terhadap kalian
tetap terus mekar dan kekal subur di hati ini
dan semoga kalian juga akan terus mengenangi Mama kalian ini
dan memori tika berada dalam dakapan Mama
Moga tika kalian dewasa kelak
membaca coretan Mama ini
dengan penuh perasaan dan terkesan di hati
sepertimana terkesannya ia di hati Mama
tika Mama mencoretkan luahan ini
6) Apakah harapan anda kepada anak anda
Hati seorang Mama, harapan Mama cuma ingin melihat kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan melingkari kehidupan anak-anak Mama. Moga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Jadilah anak yang soleh dan solehah, bijaksana dalam menilai dan membuat keputusan, tabah dan matang dalam segala cabaran serta dugaan yang mendatang. Jua sentiasalah sematkan di hati kalian bahawa tiada insan lain yang lebih menyayangi dan mengasihi kalian lebih daripada cinta kasih sayang Mama dan Ayah kalian ini.
Jadilah insan berguna kepada masyarakat dan hamba Allah yang patuh serta taat kepada-Nya juga kepada Mama dan Ayah kalian.
7) Nasihat buat si gadis di luar sana
Dewasa ini menyaksikan pelbagai ragam dan kerenah manusia. Meletakkan sedikit rasa gerun di hati. Terutama yang melibatkan anak2 gadis. Nasihat Mama untuk semua gadis di luar sana, jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan, solat sebagai pendinding, tokoh wanita2 solehah sebagai idola serta nasihat dan teguran ibu bapa sebagai pembimbing.
Insya-Allah selamat hidupmu di dunia dan akhirat...
Alhamdulillah...selesai sudah tugasan yang perlu dilakukan.... ;)
11 comments:
wah bestnya ada puisi..moga allah swt memberkati nurna sekeluarga
wow weee...puisi tu...hehehehe
hopefullly, kamu akan di berkati dan dirahmati selalu..
semoga perkahwinan itu akan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat..dan semoga memiliki anak yang soleh dan solehah..
salam dari saya dari blog abg Ben..
salam, selamat hari ibu.. aik.. betol ke ni hari ibu..hehe dtg dr blog abg ben
Salam singgah dri blog En.BA =)
Suke puisi tu ;D
so sweet~
singgah dari bl0g en.ben ^^
salam kenal..
ziarah dr blog en.ben:)
salam kenal...terjah dari blog ben dan follow
"nice entry tau... dtg dari blog abg ben.... jom bce petua orang2 tua tntg soal kecntikan tubuh badan..."
SELAMAT BERKENALAN YE...
sy blogger baru...
:)
datang dari belog BA :)
singgah dari segmen abg ben
semoga menjadi ibu yang tabah dan cekal dlm mendidik anak2..
Post a Comment