♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, March 17, 2011

Projek Mama

Pagi tadi Iman bangun lewat. Lepas Ayah gi kerja, Mama ambik keputusan nak cangkul rumput depan rumah. Cangkul pinjam daripada Tok Abah. Awalnya nak minta Ayah buat la. Tapi tunggu Ayah free entah bila. So Mama buat la sendiri walaupun cuak di hati.

Mama sakit mata tengok rumput bermaharajalela kat depan rumah tu. Walaupun rumput tu sebenarnya rumput padang, bukanlah lalang yang menyemakkan pandangan mata. Bukan saja rumput, ada jugak sampah2 entah sape yang buang tah.

Dalam pada Mama tergodek2 sengsorang mencangkul tu, datang la jiran sebelah menegur. Sembang2 la dengannya sambil mencangkul kan. Walaupun buat kerja berat, tapi Mama buat pelan2 dan hati2. Biar lambat siap asalkan semuanya selamat.

Lega jugak bila aunty tu temankan. Takde la segan sangat Mama mencangkul sengsorang kat situ. Tak sangka last2 dia pun tolong sama buang rumput2 tu ke seberang jalan sana. Pastu bila Mama tak pegang cangkul, dia pulak mencangkul. Siap mintak pinjam penyapu kat rumah sebalah lagi sebab nak ratakan tanah.

Alhamdulillah... syukur sebab ada yang membantu. Lega jugak kawasan depan rumah dah sedap mata memandang. Sebenarnya ni adalah projek masa cuti akhir tahun lepas.. cadang2nya la.. Tapi disebabkan masa tu Mama baru ngandung, kena la postpone kan. 

Nanti nak mintak benih bunga raya kat Tok Abah, nak tanam depan rumah. Harap2 masa Mama berpantang di rumah Tok Mama nanti, Ayah bolehlah tolong tengok2kan pokok Mama... ;)

dah clear...


Yang Ini Pun Best



1 comments:

AishaAminudin said... [Reply to comment]

rajinnya..kalau sha mmg tunggu encek asben la..hehe

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥