♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, March 17, 2011

Menziarah Adik Hakim

Hampir sebulan kisah ini terpekasamkan dirinya dalam draft. Heheh.. Tu la, sibuk bebeno sampai terlupa nak publish. Kisah Adik Hakim, sepupu baru Iman. Masa Mama buat entri kelahiran Hakim, baby takde nama lagi. Abdul Hakim Murad nama diberi selepas berusia 7 hari. Eh, macam pantun lak. Huhu..

Alkisahnya, Adik Hakim kan lahir di Sabah sebab mak paknya keje kat sana. Lebih kurang 2 minggu lebih camtu, jaundisnya dah ok sikit, baru la Adik Hakim balik ke Semenanjung atau lebih tepat lagi, Shah Alam, rumah Nenek sebelah ibunya. Maknya berpantang di sana la.

Tok Mama dan Tok Abah memang dah berhajat nak ziarah Adik Hakim bila dia dah ada di Semenanjung ni. Kebetulan pada hari diorang nak pergi, Mama ada mesyorat PIBG la plak. Katanya bendahari PIBG, adoyai.. tak dapek la den nak skip2 kan.. Aiseh, apsal kuar cakap n9 ni.. Tamou lar.. Hehe..

Oleh kerana Mama kena kerja, Iman jela yang ikut. Ayah konpem la tanak gi kalo Mama tak gi kan. Seronok la Iman dapat jalan2 dengan Tok Abah. Mak Njang pun ada sekali. Tinggal la Mama terkelip2 berdua je dengan Ayah. Dah tau dah, kalau Iman takde memang la sunyi sebab takde orang nak dijeritkan.. ;)

Iman pakai baju baru, Tok Mama hadiahkan...

Muaz dah jadi abang..
baju hijau sama dengan Iman


tengok tu.. macam la kereta dia...

apsal muka cenggitu?

Menurut Tok Mama, kereta ni sepupu Muaz yang punya. Iman memang suka kereta. Lelaki la katakan... Kereta hadiah hari lahirnya yang pertama aritu pun sampai sekarang dia masih suka main lagi. Bangun tidur je naik kereta, nak gi rumah Tok Abah pun angkut kereta sekali (dia angkut sendiri masuk dalam kereta). 

Duk berebut dengan Muaz. Kesian budak tu.. Dah la baru dapat adik. Kena buli dengan Iman pulak. Tengok jela mukanya bila nak berebut benda dengan orang. Iman.. Iman.. ;)

Inilah dia Adik Hakim. Dah kurus sikit. Beratnya turun 200g. Isk..sian betul.. Biasanya baby baru lahir berat mesti naik walaupun sikit. Tapi Hakim ni beratnya turun. Nape tah..

adik Hakim


Mama memang pesan kat Mak Njang supaya ambik gambar banyak2 sebab Mama kan tak ikut. Tapi Mak Njang ambik sikit je. Mungkin sebab sibuk melayan kerenah Iman... ;)

Lepas ziarah Adik Hakim, Tok Abah, Tok Mama, Mak Njang, Pak Su dan Iman bertolak pulang ke Perak. Tapi singgah jap kampung Tok Abah di Bidor. Mak dan Abah Tok Abah (Tok dan Opah Mama) dah lama takde. Yang menetap di rumah pusaka tu sekarang ialah adik Tok Abah. Beliau ada membela kambing boer.

Menurut Tok Abah, kambing tu ada baby 2 ekor. Iman suka sangat main dengan baby kambing tu sampai marah2 kalau orang ambik dia dari kambing tu. Tapi gambar Iman dengan baby kambing takde. Mungkin Mak Njang lupa nak ambik kot. Kalo tak tentu cute nak tempek kat sini kan.

Lewat malam jugak diorang sampai Taiping. Tok Abah singgah rumah hantar Iman yang dah ketiduran dalam perjalanan pulang. Mungkin keletihan, Iman terlena sampai pagi... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥