♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, April 4, 2011

Cacatkah Aku?

Entri ini ditulis untuk berkongsi rasa bersama ibu-ibu di luar sana. Sedih juga dengan kenyataan seorang ibu ini yang mengatakan ibu2 yang takde susu badan adalah CACAT. Wajarkah berkata begitu?




Bila membaca komen2 ibu-ibu lain yang rata2 marah dan kecewa dengan kenyataan beliau itu, Mama tertanya2 adakah Mama ini boleh dikategorikan sebagai wanita CACAT juga sebab campur2 susu badan dengan susu formula?


Mama menyusukan Iman selama hampir setahun 5 bulan. Tapi dalam masa yang sama Iman menyusu susu formula ketika berada di rumah pengasuhnya. Mama memang ada mengepam, tapi ilmu BF tu terlewat dikutip, nak mengejar balik adalah sukar. Walaupun tak dapat nak fully BF tapi Mama masih BF lagi di rumah. Malah memang takde stok susu formula pun di rumah sebab Iman memang fully BF di rumah.


Walaupun begitu, Mama tetap berbangga dengan diri Mama sebab berjaya juga memberi susu badan Mama melebihi setahun. Kepada yang mengatakan ibu yang takde susu itu CACAT, janganlah terlalu mudah melemparkan kata2 sedemikian.


Mama percaya semua ibu nak beri yang terbaik untuk anaknya. Semua ibu nak beri susu badan kepada anaknya. Tapi ujian Allah untuk setiap makhluknya berbeza. Pasti ada kisah dan cerita di sebalik kegagalan mereka. Usahlah terlalu mudah menilai kelemahan dan kegagalan orang lain kerana diri sendiri dikurniakan nikmat tak ternilai oleh Allah SWT.


Sepatutnya anda lebih bersyukur dan menghargai nikmat Allah itu. Mungkin niat anda baik, nak membantu kerana anda pernah mengalami saat2 hampir gagal, namun matlamat tidak menghalalkan cara kan... Gunalah pendekatan yang lebih sesuai, juga gunalah perkataan yang lebih sesuai...


Sebenarnya Mama juga dah banyak membaca blog2 ibu menyusu yang berkongsi jatuh bangun mereka dalam perjalanan menyusukan permata hati mereka. Tapi Mama belum pernah berjumpa dengan blog ibu menyusu seperti anda yang lebih banyak berbangga dan takbur dengan diri sendiri (yang anda labelkan sebagai memberi semangat kepada ibu2 lain).


Alhamdulillah... setelah ramai yang memberi komen positif dan negatif, akhirnya penulis blog itu memohon maaf secara terbuka kepada ibu2 yang tersinggung dengan kenyataan beliau sebelum itu. 


Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Mama dan semua ibu... ;)

Yang Ini Pun Best



4 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

tak baek statement yg dya cakap tu .
bagi la support ka ap =_='

zahidah dihaz said... [Reply to comment]

agak kejam kenyataan tersebut....huuuhuhu

Azrina said... [Reply to comment]

Dia yang CACAT sebenarnya hehe. Abaikan jer blog mcm tu..tak membantu pun.

AishaAminudin said... [Reply to comment]

sangat membodohkan diri bila bagi statment mcm tu, kalau takde susu di panggil cacat!!, sila jgn riak la bila Allah bagi sesuatu kelebihan pda diri sdiri..kesian para ibu yg bersungguh2 nk menyusukan anak, tapi hasilnya tidak memberangsangkan..

takpe Nur, rezeki masing2 kan, Allah dah tetapkan..janji kita buat yg terbaik

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥