♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, April 24, 2011

Demam Setelah Sekian Lama

Malam Isnin. Esok kerja. Tapi Mama rasa ala2 malas nak kerja esok disebabkan badan yang tak berapa sihat sejak akhir2 ini. Memasuki trimester terakhir ini sangat mencabar daya ketahanan badan ditambah lagi dengan adanya anakanda Mama yang aktif itu.


Kami sekeluarga baru pulang dari rumah Nenek. Saja makan2 dan sembang2 sementelahan ramai yang pulang minggu ini. Ayah keluar semula mengikuti kelas pengajian kitabnya seperti biasa. Tinggallah Mama dan Iman saja. Iman pun baru saja terlelap di dalam buaiannya.


Semalam Iman demam. Asalnya cuma batuk. Tak lama kemudian diikuti dengan selsema pulak. Sebelah petangnya badan dah mula panas. Tapi masih aktif macam biasa.


Sebelah malamnya kami ke rumah Nenek. Berkumpul ramai2 memang menjadi aktiviti biasa keluarga sebelah Ayah. Lagipun rumah kami ni belakang dapur rumah Nenek saja. Dekat sangat. Tak ada masalah nak berulang alik.


Masa di rumah Nenek, Iman dah mula longlai. Dah tak aktif macam biasa. Kejap2 baring atas riba Mama. Kadang2 pakcik2nya ajak main di luar, ikut jugak. Tapi cuma sebentar saja. Pastu masuk balik baring atau duduk bersandar di ribaan Mama.


Melihatkan perlakuannya yang lain daripada biasa, Mama dah dapat agak Iman ni mesti betul2 tak larat. Kalau tak, Iman takkan senyap camtu. Pasti ada saja aktivitinya, tak diam sesaat pun.


Malam tu Iman tak lena tidur. Sengaja Mama tidurkan Iman dalam buaian sepanjang malam supaya Iman selesa didodoi dalam buai. Adakalanya Iman turun daripada buaian, tapi tak lama pastu minta nak tidur buai balik. Badan yang tak sihat, mula la macam2 permintaannya. Mama teringat nak bagi permorfance drink Shaklee. Sebab Mama pernah baca pengalaman Kak N yang beri perfomance drink kepada anaknya yang sedang demam. Dua kali jugak la campurkan dalam susu Iman.


Sepatutnya hari ini Mama ada check up tekanan darah dan urine. Tapi disebabkan keadaan kesihatan Iman yang tak mengizinkan, ditambah lagi dengan Ayah yang tiada di sisi kerana memenuhi tuntutan tugas, Mama terpaksa tunda ke hari esok. Nurse tu ada cakap aritu kalau tak dapat datang ari Ahad, boleh datang Isnin.


Mama call Tok Mama tanya boleh ke nak mandikan Iman. Tok Mama nasihatkan tak payah mandi, jelum kepala dengan air je. Mama buat ikut nasihat Tok Mama. Pas basahkan kepala dan lap2 badan, Mama tukar pampers dan baju Iman. 


Kebetulan Achik Asmak dan anaknya Uzair (sepupu Iman) lepak2 di rumah kami, Iman sepertinya dah sihat betul bila ada kawan. Seronoknya Iman main dengan Uzair walaupun Uzair tak faham apa2 lagi. Tak lama pastu Iman merengek2 mengantuk. Yela, malam tadi kan tidur tak lena.


Muhammad 'Uzair
sepupu Iman


Mama susukan Iman dalam buaian, tak lama kemudian Iman tidur. Lama jugak Iman tidur. Sambil2 tu Mama dan Achik Asmak hanya berbual2 kosong saja. Sampai la tengahari Ayah dan Achik Ihsan (ayah Uzair) balik.


Alhamdulillah Iman dah sihat sepenuhnya. Badan dah sejuk seperti biasa dan dah aktif semula seperti biasa. Dah lama Iman tak demam. Batuk dan selsema pun dah lama tak kena. Syukurlah demam kali ini cepat kebahnya. Risau juga Mama, dalam keadaan kesihatan Mama camni risau juga bila anak pun turut tak sihat kan. Bila dah sihat ni, syukur...


Belum pun mula minggu baru, dalam kepala dah macam2 aktiviti beratur nak dilaksanakan. Esok Mama kerja seperti biasa. Pastu kena cover check up arini yang tertunda pulak. Jawabnya Iman kena ambil lewat sikitlah daripada rumah Opah. Kesian Iman. Takpela sayang, nanti adik dah keluar Iman duduk kat rumah je jaga Mama dan adik ek... ;)


Moga Allah permudahkan segala urusan kami...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥