Masalah sebenar Mama adalah kencing kotor. Masa mengandungkan Iman dulu Mama dah mengalaminya. Berlarutan selepas bersalin hingga sampai ke tahap Mama tak boleh buang air kecil. Sampai kena tahan wad 5 hari, masuk tiub di saluran kencing untuk rehatkan pundi kencing Mama yang penuh aritu.
Rupanya rasa sakit di bahagian ari-ari sejak mengandung adalah tanda kencing kotor. Bukan Mama tak bagitau masa check up, tapi jawapan yang Mama dapat adalah "kebiasaan ketika mengandung". Oleh kerana mengandung sulung, Mama ye kan ajela.
Mengandung kali kedua ni pun mengalami rasa sakit yang sama. Malah lebih teruk lagi hingga makin lama rasa makin susah nak angkat kaki. Nak jalan pun terhincut2 sebab menahan rasa sakit.
Akhirnya scan dengan doktor swasta, dah dikatakan uri bawah pulak. Follow up di klinik ibu anak yang selalu Mama check up tu, doktor cakap uri ok. Cek urin rupanya kotor. Doktor bagi ubat lawas kencing dan antibiotik. Alhamdulillah setelah 2 hari makan, sakit beransur kurang. Semalam ubat habis. Malamnya sakit berulang kembali. Adoi.. kena gi ambil ubat lagi nampaknya ni...
Setelah google2 cari info pasal ni, kat bawah ni serba sedikit info tentang kencing kotor ni yang dapat Mama share kat sini... ;)
Apa itu kencing kotor?
Kencing kotor atau istilah Urinary Tract Infection (UTI) adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.
Kencing kotor ini boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.
Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia.
Gejala dan Tanda
- Sakit ketika buang air kecil
- Kerap buang air kecil (inilah gejala yang Mama alami)
- Tidak dapat menahan kencing dengan baik
- Terdapat darah atau mukus dalam air kencing (urin)
- Rasa kejang dan sakit di bahagian bawah abdomen
- Sakit ketika 'bersama' suami
- Sejuk, menggigil, berpeluh, air kencing bocor
- Terjaga dari tidur untuk terkencing
- Air kencing semakin bertambah atau berkurang
- Air kencing warna gelap, berbau busuk daripada biasa
- Sakit di bahagian pundi kencing (inilah gejala yang Mama alami)
- Jika bakteria telah merebak sehingga ke buah pinggang, anda akan merasa sakit belakang, menggigil, demam, sejuk, muntah dan loya
Langkah Pencegahan
- Minum 6 hingga 8 gelas air kosong sehari
- Jus cranberry tanpa gula mungkin juga membantu
- kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein, dan gula
- Terus buang air jika terasa ingin membuang air dan kosongkan sepenuhnya pundi kencing anda (anda boleh berdehem)
- Kencing sebelum dan selepas hubungan seks (intercourse)
- Jika sedang jalani rawatan UTI, hentikan sementara hubungan seks
- Blot dry sisa-sisa air di kemaluan, jangan lap (terutamanya lap dari belakang ke depan).
- Elakkan sabun yang kuat, douches, pencuci wanita dan juga bedak
- Tukar kerap saluar dalam
- Pakai seluar dalam yg selesa dan tidak ketat daripada kain kapas
- Jangan berendam dalam bath tub lebih daripada 30 minit / lebih 2 kali sehari
3 comments:
mmg kene jaga kebersihan time preggy ni..air barli pn bgs dn mnm air msk bnyk nk atasi
mmg kene jaga kebersihan time preggy ni..air barli pn bgs dn mnm air msk bnyk nk atasi
mmg kene jaga kebersihan time preggy ni..air barli pn bgs dn mnm air msk bnyk nk atasi
Post a Comment