♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, April 19, 2011

Rindunya Kat Blog

Lamanya Mama tak update blog. Bukannya sebab apa, rasa takde mood disebabkan bermacam2 masalah yang melanda. Ditambah lagi dengan masalah kesihatan Mama.


Sejak Sabtu aritu kami sekeluarga stay di rumah Tok Abah. Lewat petang pas Asar kami sekeluarga bersama Tok Abah, Tok Mama dan Pak Su jalan2 rumah Mak Njang di Batu Gajah. Saja jalan2 sambil makan2 bubur durian, buah hujung2 dah...


Solat Maghrib dan Isyak di rumah Mak Njang. Pas Isyak kami bertolak pulang. Dalam perjalanan Iman tak tidur sampai la ke rumah. Iman... Iman...


Ahad kami bersantai2 di rumah Tok Abah lagi. Pagi2 lagi Mama dan Ayah dah keluar sebab Mama ada appointment di Klinik Ibu & Anak. Follow up untuk tekanan darah dan urine sebab berat naik terlebih. Padahal Mama bukannya lalu makan sangat pun. Mungkin tension kot. Disebabkan sebelum check up Mama makan roti cicah bubur durian, urine Mama ada glukos sket. Huh, risau je..


Isnin Mama dan Ayah cuti. Mama ada temujanji di Klinik Ibu & Anak lagi. Check up sama macam semalam. Sepatutnya selang sehari. Disebabkan Selasa Mama kena bawak Iman follow up di peads Penang, so Mama kena la check up arini. Alhamdulillah check up arini urine Mama ok je. Sebelum check up memang tak makan apa2. Haha...


Malam ni Ayah gi mengaji. Iman dah tidur. Mama ambik kesempatan kejap update blog sebab dah rindu sangat dah. Haha.. Biasa kan paling koman pun selang sehari mesti update, ni dah 4 hari kot tak update. Mana tak rindu... ;)


Oklah, nak tidur dah. Guruh berdentum dentam kat luar dah ha. Insya-Allah nanti Mama update pasal check up Iman esok ya... ;)

Yang Ini Pun Best



1 comments:

AishaAminudin said... [Reply to comment]

samalah..kalau 2 hari tak bukak pon dh lain macm rasa..kihkihkih

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥