Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-3 istimewa buat kekasihku, teman hidupku, rakan serumah dan sebilikku, kawan gaduhku, tempat rajuk dan tawaku, suamiku... Mohd Khairul Amin...
Moga ikatan kita kan kekal selamanya di dunia ini dan juga di akhirat sana. Ku tahu ku bukan seorang isteri terbaik buatmu. Namun ku cuba menjadi penyejuk hati dan matamu.
Biar pelbagai kata dan nista, ku kan tetap setia di sisimu. Biarpun pada awal perkahwinan dulu bahtera kita sering dilanda gelora, ku anggap semua itu sebagai ujian dan dugaan untuk menguji keimanan dan keutuhan kasih antara kita.
Alhamdulillah sayang... Allah masih sayangkan kita dan masih memberi kita peluang mengecapi suka duka alam berumahtangga hingga ke detik tahun ke-3 ini. Moga tahun2 akan datang jua menjadi milik kita bersama di dunia cinta ini.
Maafkan ku sayang.. kerana tak menjadi yang terbaik buatmu. Jarang memasak untukmu, mungkin lebih banyak menyusahkan dan membimbangkan hatimu. Namun ketahuilah telah ku cuba sedayanya menampal ruang kosong kekuranganku itu dengan pengorbanan seumur hidupku.
Ku sayang padamu. Itu hakikat dari dulu dan selamanya. Terima kasih sayang... menghadiahkanku erti sebuah kehidupan. Tahun ini kita bakal berempat. Moga dimurahkan rezeki anak2 kita, dilapangkan dada, ditambahkan ilmu, dilimpahkan dengan kasih sayang, dihamparkan kebahagiaan, ditaburkan keceriaan...
3 tahun merai cinta. Doaku kan kekal merai cinta selamanya...
0 comments:
Post a Comment