♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, May 7, 2011

Cerita Katil dan Cadar

Petang semalam Tok Abah sms memaklumkan ada barang sampai di rumah tapi Tok Abah tiada. So kena la gi ambik kat ofis dia. Hari ini lepas sekolah Mama terus gi ambik. Inilah dia isi bungkusannya...


Kalau tengok gitu aje memang takkan dapat teka apekebendanya itu. Jom kita tengok gambar di bawah pula ya...

cadar hitam sangat jarang ditemui kan?




Haa.. baru la tau apekebendanya yang kat atas tadi kan. Inilah dia cadar baru yang Mama beli daripada Masliza Halimi kat fb beliau Cadar Bunga Warna Warni.


Memang berwarna-warni dan memang rambang mata nak memilihnya. Tempahan asal Mama adalah 2 design. Satu yang macam dalam gambar dan satu lagi warna biru jalur2. Tapi yang biru tu takde jenis bujang. Terpaksa la kensel dan amik satu ni aje.


Tujuan Mama beli cadar ini adalah kerana kami baru saja beli katil bujang yang sengaja disambung dengan katil kelamin sedia ada. Yela, anak nak masuk 2 orang dah kan. Katil kelamin sedia ada ni konpem tak muat punya. 


Nanti ada pulak yang jadi nangka busuk gedebuk gedebak jatuh malam2 masa tidur. Tak anak jatuh mak paknya yang jatuh. Tak ke haru. Hehe...


Ada sesetangah orang lebih suka tidur di bawah saja dengan meletakkan tilam tebal tu di atas lantai. Atau ada yang rajin buat la ala2 pangkin rendah kan. Tapi bagi Mama ni, memang la boleh buat macam tu. Masalahnya katil sedia ada ni kalau dibuka nak simpan mana. Rumah kami takde la besar mana.


Kalau nak bentang toto tidur di luar pulak, Mama risau waktu pagi nak gi kerja. Konpem la bersepah2 tempat tidur tak sempat nak simpan kan. Maklum la Mama ni bukanlah termasuk dalam kategori isteri2 rajin sangat kan. Lagipun Mama bekerjaya. Kalau hari cuti tu takpe la jugak kan.


Untuk taknak fenin2, beli jela katil bujang pastu sambung je dengan katil kelamin. Habis cerita. Hehe.. Oleh kerana dah ada 2 katil, cadar konpem la tak sama sebab selama duk rumah ni Mama tak pernah beli cadar bujang.


Terjumpa pulak blog jual cadar yang Mama berkenan dengan harga dan coraknya, terus order. Alhamdulillah dah selamat sampai dan dah pasang pun. Sangatlah cantik di mata Mama sebab matching kedua2 katil. Nampak macam katil tu besarrrr sangat padahal bersambung. Hehe...


Maknanya lepas ni kalau nak beli cadar kena la beli yang single dan queen size. Mama pulak memang suka lihat cadar berganti2 selalu. Dalam sebulan mesti cadar berganti. Dah jadi macam hobi pulak sejak berkeluarga ni.


Cadar ini bagi Mama kualitinya bagus. Kainnya tebal dan cantik. Fitted bukan jenis getah di hujung sahaja tapi fittednya mengelilingi tilam. Macam cadar2 Mama sebelum ni semuanya jenis fitted getah di bucu sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki nak beli lagi daripada beliau.


Nak beli jugak? Klik je SINI... ;)


Yang Ini Pun Best



1 comments:

hasif said... [Reply to comment]

wahh cantikk

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥